top of page

Pakatan ketenteraan A.S, U.K, Australia berpotensi cetus ketegangan serantau



Pakatan ketenteraan baharu antara Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia (AUKUS) berpotensi mencetus ketegangan di perairan rantau Asia.


Sehubungan itu, Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan (PH) mahu Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah membawa hal berkenaan ke dalam sidang Parlimen sesi September yang sedang berlangsung untuk dibahaskan.


"Pakatan kerjasama baharu AUKUS ini yang turut meliputi perolehan kapal selam berkuasa nuklear bernilai AUD 90 bilion merupakan perkembangan besar di rantau ini.


"Langkah Australia, AS dan UK ini besar kemungkinan akan meningkatkan suhu ketegangan di rantau Asia.


"Disebabkan kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah persaingan geopolitik dunia yang semakin sengit, Malaysia perlu meneliti dan menyatakan pendiriannya dengan jelas," kata jawatankuasa tersebut.


Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia perlu tegas dengan konsep negara berkecuali di rantau Asia dan menolak sebarang perlumbaan senjata atau ketegangan dengan mana-mana kuasa besar.


Malaysia juga perlu menyeru negara-negara kuasa besar mengelak memanaskan sebarang konflik di rantau Asia.


"Namun sebelum itu, Amerika Syarikat dan China perlu meredakan ketegangan khususnya di Laut China Selatan dan rantau Asia secara amnya.


"Ketegangan yang memuncak tidak akan membawa manfaat kepada kepentingan mana-mana negara di rantau ini," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu, Liew Chin Tong dari DAP dan Jurucakap Pertahanan & Ehwal Dalam Negeri KEADILAN Datuk Johari Abdul.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page