top of page

Pahang umum rebat air, beri 12 liter air percuma untuk B40



Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan rebat air makmur (RAM) bagi membantu golongan sasar iaitu B40 meminimumkan kesan pelarasan tarif air yang akan berkuat kuasa Februari ini.

Melalui RAM, kerajaan negeri akan memberi air secara percuma kepada golongan B40 yang tidak menggunakan air melebihi 12 meter pada sebulan.


Kerajaan negeri juga mengecualikan kenaikan caj bayaran bagi golongan B40 yang menggunakan air antara 13 meter padu hingga 24 meter padu sebulan.


"RAM juga melibatkan pemberian rebat bulanan RM10 bagi memastikan kenaikan adalah minimum untuk golongan terlibat yang menggunakan air 25 meter padu dan ke atas.


"Jumlah keseluruhan golongan sasar yang menerima manfaat RAM yang diberikan secara automatik ialah 38,000 orang terdiri daripada penerima bantuan e-Kasih dan i-Damak serta penghuni Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Rumah Rakyat Pahang (RRP)," kata Wan Rosdy dipetik laporan Bernama.


Sementara itu Wan Rosdy berkata, inisiatif itu telah dipersetujui menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pahang pada Khamis.


Langkah itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri yang mendengar pandangan pelbagai pihak semasa pelarasan tarif air tidak dapat dielak bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air.


Sehubungan itu jelasnya Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) sebagai operator perkhidmatan bekalan air juga diminta meningkatkan mutu perkhidmatan, merangka perancangan strategik dan seterusnya mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak terlibat.


"Kerajaan negeri tidak melakukan penyelarasan tarif air selama 40 tahun dan sudah tiba masanya kerajaan negeri memulakan langkah bagi memastikan keterjaminan, meningkatkan kecekapan operasi serta kualiti perkhidmatan bekalan air pada masa hadapan.


"Pengguna yang berada dalam golongan sasar, namun tidak menerima rebat secara automatik boleh memohon dan menyemak di kaunter pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad daerah," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page