top of page

Pahang terima RM400 juta peruntukan baiki jalan MARRIS



Pahang menerima RM400 juta daripada jumlah keseluruhan RM5 bilion peruntukkan tahunan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang disediakan Kerajaan Persekutuan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu bagi memastikan jalan negeri berada dalam keadaan baik sekaligus mengurangkan risiko menyebabkan kemalangan.


Selain itu jelasnya, kerajaan turut bersetuju membenarkan kelonggaran sebahagian peruntukkan itu digunakan untuk pembelian jambatan Bailey di kawasan yang mengalami kerosakan infrakstrutur akibat banjir.


"Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail minta sedikit kelonggaran syarat, dulu tidak boleh beli apa-apa, tetapi kerajaan Pahang mahu beli jambatan Bailey dan hadapi banjir, kita setuju dan telah beri kebenaran," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Pahang di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Kuantan pada Selasa.


Selain Wan Rosdy, turut hadir pada acara itu adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Selain itu, Anwar memaklumkan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala turapan jalan persekutuan yang meningkat kepada RM1 bilion berbanding RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 juga akan dikhususkan untuk negeri Pahang.


"Kalau dahulu jalan negeri teruk dan jalan persekutuan baik (tetapi) sekarang jalan negeri sudah elok dengan peruntukan Marris dan jalan persekutuan yang berlubang sana sini.


"Saya dengar dan tambah peruntukan (penyelenggaraan jalan Persekutuan) kepada RM1 bilion untuk baiki jalan-jalan dengan tindakan segera.


"(Tindakan segera) bukan rundingan terus kerana saya tidak setuju kerana banyak songlap (ketirisan), tetapi (menerusi) tender cepat dan terhad," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page