top of page

P Pinang terus unggul sebagai hab semikonduktor, reka bentuk cip



Industri semikonduktor yang bermula di Malaysia pada era 1980an kini berkembang maju di negeri Pulau Pinang.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pulau Pinang merupakan antara negeri peneraju dalam industri tersebut dengan penekanan kepada reka bentuk cip dan aspek daya cipta.


Hal itu disentuh Anwar sempena lawatannya dan merasmikan Penang Silicon Design di Eastin Hotel pagi tadi.


"Pagi ini saya telah hadir merasmikan Penang Silicon Design @5km+ di Eastin Hotel. Ia adalah bukti bahawa Malaysia sedang melaju memperkukuh kedudukan Malaysia di peta semikonduktor global.


"Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah penting terutamanya dalam mendukung ekosistem ini dengan menekankan keperluan penambahbaikan di pelabuhan, lapangan terbang, dan rangkaian bekalan.

PM melancarkan pusat inkubasi silikon

"Saya telah mengumumkan dana sebanyak RM50 juta bagi menunjukkan komitmen dalam membangunkan modal insan dan infrastruktur yang diperlukan," katanya.


Menurut Anwar, kejayaan Pulau Pinang unggul sebagai hab semikunduktor adalah sinergi antara industri dan institusi pendidikan, khususnya dalam melahirkan jurutera berkualiti tinggi yang mampu memenuhi keperluan dan tuntutan industri.


Tegas beliau, universiti bukan hanya sekadar bersifat ‘utilitarian’ tetapi ia mesti dikembangkan serta diolah bagi mempersiap masyarakat ke arah anjakan transformasi pengetahuan secara keseluruhan.


"Saya yakin kita mampu melonjak Malaysia ke era baharu dengan industri berteknologi tinggi yang memberi peluang kepada masyarakat rencam kaum di Malaysia.


"Sekalung penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Penang Development Corporation (PDC), dan InvestPenang. Sebagai anak negeri, saya berbangga melihat ekonomi Pulau Pinang terus melonjak demi Malaysia," katanya lagi.


Majlis pagi tadi turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan barisan pimpinan Kerajaan Negeri.


Pulau Pinang dan Selangor merupakan dua negeri yang terkehadapan dalam industri semikonduktor di Malaysia.


Awal tahun ini misalnya, tiga syarikat semikonduktor asing berminat untuk melabur di Pulau Pinang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak AS$100 juta


Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page