top of page

P Pinang perkasa pendidikan Islam: TKM umum kenaikan elaun guru TADIS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 16
  • 1 min read

Kerajaan Pulau Pinang terus memperkukuh komitmen memperkasa pendidikan awal Islam di negeri itu menerusi pelbagai inisiatif strategik.


Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, antara inisiatif utama ialah kenaikan elaun bulanan guru dan pembantu Tadika Islam Pulau Pinang (TADIS) yang berkuat kuasa bulan ini.


"Kadar elaun guru TADIS dinaikkan sebanyak RM400 kepada RM1,400 manakala pembantu tadika menerima kenaikan RM200 menjadikan jumlah bulanan mereka RM1,000.


"Seramai 40 guru dan 21 pembantu yang mendidik 874 murid akan mendapat manfaat daripada kenaikan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, langkah ini selari dengan usaha penjenamaan semula Tadika Islam Mutiara MADANI (TIMM) yang diluluskan dalam mesyuarat MAINPP, dengan sasaran membuka 30 tadika TIMM baharu tahun ini sebagai pengukuhan sistem pra pendidikan Islam di Pulau Pinang.


Sementara itu tambahnya, selain kenaikan elaun, kerajaan negeri turut menawarkan program pengajian lanjutan secara percuma bagi guru TADIS bagi meningkatkan profesionalisme mereka.


"Sebanyak lima tempat disediakan setiap semester kepada guru TADIS untuk mengikuti Diploma Pengajian Islam di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, dengan kos ditanggung penuh oleh MAINPP," katanya.


Menurut beliau, langkah ini merupakan pelan tindakan bersepadu di bawah Teras Pembangunan Pendidikan APAI2030, sejajar dengan pendekatan yang telah dilaksanakan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) negeri ini.


Bagi menyokong usaha pembangunan dan pengurusan TADIS secara menyeluruh, MAINPP memperuntukkan sebanyak RM10.7 juta bagi tempoh lima tahun (2025-2029).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page