top of page

Otai Reformis beri bantuan mangsa banjir di Tumpat

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 5, 2024
1 min read


Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia baru baru ini menghulurkan bantuan banjir di beberapa kawasan terjejas di Tumpat, Kelantan.


Menurut Pengerusi Cawangan Otai Reformis negeri Kelantan, Hazizi Mamat, sumbangan itu disampaikan di beberapa buah kampung yang ditenggelami air dan penduduknya sukar untuk mendapatkan bekalan keperluan harian.

Menaiki bot meredah banjir hantar bantuan

"Misi bantuan banjir negeri Kelantan disampaikan kepada kawasan Kampung Kubang Sawa dan Kampung Kuala Jambu dalam daerah Tumpat.


"Misi ini menyampaikan barang makanan, kelengkapan bayi seperti pampers dan susu, kit perubatan dan air mineral. Misi bantuan telah diusahakan bersama Majlis Pimpinan Negeri KEADIAN Kelantan, melalui bendaharinya Che Mat Che Hussain," katanya.


Untuk rekod, Otai Reformis telah berdaftar sebagai pertubuhan pada Disember 2023 setelah berjuang dalam gerakan reformasi jalan raya sejak 1998.


Matlamat utama pertubuhan Otai Reformis kini, menurut sumber, adalah untuk menjaga kebajikan pejuang reformis di samping membantu melaksanakan agenda reformasi Kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page