top of page

Operator judi atas talian mangsakan gadis Melayu ulas 'permainan judi'


Operator judi atas talian muncul dengan strategi baharu menggunakan gadis Melayu sebagai pengulas produk 'permainan judi' mereka.


Hal berkenaan didedahkan dalam sidang media Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan, P Prabakaran, semalam.


Menurut Praba, seorang gadis Melayu, Norhanis Mohd Rosli atau lebih dikenali sebagai Anis Rosli baru-baru ini ditahan reman oleh polis selama 4 hari kerana disyaki terbabit dalam operator judi haram atas talian.


"Anis sebenarnya, pada pandangan saya tidak bersalah dan tidak sedar apa yang berlaku kepada video tersebut.


"Niat Anis sebagai influencer instagram sebenarnya bagus. Dia membantu anak muda mempromosikan barang seperti kuih, kek dan macam-macam.


"Anis tidak boleh disalahkan kerana dia tidak tahu mengenai judi ini. Saya sendiri pun tak tahu. Masa saya tengok video itu saya tanya pegawai saya, betul ke judi? Saya sendiri pun kurang sedar.


"Bila saya siasat balik video itu memang betul (berunsur judi). Anis mangsa yang ditipu oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Di luar sana banyak kes seperti ini. Banyak iklan yang mempromosikan judi. Ini adalah satu perkara yang melanggar undang-undnag.


"Saudari Anis 4 hari dalam lokap, untuk satu video yang dia tak tahu benda itu salah. Saya harap pihak polis memberi perhatian terhadap isu ini dan membantu Anis serta mangsa lain yang dianiaya," kata Praba.


Bagi Ahli Parlimen Batu itu, sindiket judi atas talian bukan sahaja memudaratkan pengulas produk, malah secara umum telah merosakkan anak-anak muda berbilang kaum yang tidak tahu permainan tersebut berunsur judi.


Katanya, setelah mendapat 'wang hadiah' maka anak-anak muda akan terpengaruh dengan permainan tersebut dan terus berjudi.


"Saya kecewa melihat video seperti ini, terutama anak muda yang tidak sedar apa sebenarnya dalam video itu.


"Sekarang semua bukti telah ada pada pihak polis (selepas Anis disiasat). Saya mohon polis siasat (operator judi) dan ambil tindakan kepada syarikat yang mempromosi judi pada bulan Ramadan


"Saya juga persoalkan mengapa kerajaan yang katanya membela umat Islam tidak fokus dalam isu ini. Dulu ada kempen anti rokok, sangat fokus untuk orang berhenti rokok. Apabila cakap anti online gaming sangat kurang.


"Anak-anak muda sekarang memuat turun permainan ini tanpa sedar itu judi. Bila dapat duit mereka teruja. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu tegas, kalau pornografi mereka boleh sekat mengapa tidak judi online?" katanya.


Anis Rosli

Sebelum itu, Anis Rosli membacakan kenyataan media yang mendakwa beliau telah diperdaya oleh seorang wanita Cina untuk mengulas satu permainan video atas talian.


Beliau yang tidak mensyaki permainan tersebut berunsur judi dan kemudian mendapat kecaman warganet apabila memuat naik ulasan itu di media sosial.


"Baru-baru ini viral video saya yang memperlihatkan seolah-olah mempromosikan judi online.


"Saya menyatakan saya muslim dan mempraktikkan ajaran Islam. Saya dibesarkan dengan suasana yang tidak pernah terdedah kepada judi.


"Saya rasakan diri saya teraniaya oleh pihak tidak bertanggungjawab. Video tular baru-baru ini bukan video yang dibuat pada bulan Ramadan. Saya telah memuat naik video itu pada Oktober 2020 dalam instagram.


"Tidak sampai beberapa jam, saya menerima kecaman netizen dan bertindak memadamkan video tersebut. Ketika itu baru saya perasan permainan yang saya promosikan itu salah dari segi undang-undang.


"Pada 24 April 2021 saya buat laporan polis di balai polis Raja Bot berkenaan isu ini dan memohon mengambil tindakan kepada individu atau pihak yang ingin mencemarkan nama baik saya. Saya juga minta jasa baik tuan puan agar memadamkan video saya dan tidak lagi menularkan video tersebut," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page