top of page

Operasi menyelamat, pembersihan banjir di Selangor berjalan lancar - MB



Operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) serta pembersihan kawasan pasca banjir berjalan lancar.


Hal itu diberitahu oleh Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Bencana Selangor Bil 1/2021 bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan beberapa agensi berkaitan.


"Mesyuarat ini susulan hasil beberapa sinergi dan gerak kerja yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seawal 18 Disember lalu untuk meneliti aspek pengukuhan dan penambahbaikan gerak kerja yang telah dilaksanakan bermula hari pertama bencana banjir melanda


"Setakat jam 8.00 malam semalam, terdapat sekitar 125 PPS menempatkan sekitar 5,165 keluarga dengan jumlah mangsa sebanyak 22,875 orang di lapan daerah meliputi 18 mukim di Selangor.


"Alhamdulillah, gerak kerja rapat dengan ketumbukan 3,326 anggota termasuk NGO NGO akan terus berusaha dalam operasi mengurus termasuk Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun dalam kenyataan sama, MB dukacita memaklumkan setakat semalam, tragedi banjir ini telah mencatatkan kematian 24 orang korban.


Katanya, Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada semua keluarga terbabit dan berharap semoga mereka diberi kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi musibah.


"Setakat jam 9.00 malam tadi, sebanyak 2,064 tan metrik sampah telah diangkut oleh KDEB Waste yang melibatkan 487 tong roll-on roll-off (RORO), 29 backhoe dan 1,274 pekerja bagi operasi pembersihan di 8 daerah yang terjejas banjir. Usaha ini giat dijalankan bersama bantuan petugas agensi serta kerjasama sukarelawan.


"Mesyuarat ini akan dijalankan secara berkala yakni sekurang-kurangya dua kali seminggu mulai minggu ini.


"Di kesempatan ini, saya turut mengingatkan kepada semua anggota serta agensi yang hadir tentang kepentingan kebersamaan dan koordinasi serta pematuhan agar bantuan, terutamanya makanan, peralatan asas serta ubat-ubatan dapat disampaikan secara optimum kepada lokaliti yang memerlukan," katanya.


Menurut MB, Ketua Pembangkang DUN, Datuk Rizam Ismail turut dijemput dalam mesyuarat berkenaan untuk berkongsi buah fikiran dalam memudahcara pengurusan banjir bagi membantu seluruh rakyat Selangor.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page