top of page

NUTP hargai usaha kerajaan selesai isu perjawatan sekolah rendah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 14, 2025
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas kejayaan menyelesaikan tiga isu besar yang sekian lama membelenggu sistem perjawatan di sekolah rendah.


Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, NUTP memaklumkan bahawa penambahbaikan yang dilaksanakan itu membawa kelegaan besar kepada ribuan warga pendidik yang telah lama menantikan keadilan dan ketetapan dalam urusan perjawatan.


"NUTP merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atas komitmen dan keprihatinan terhadap kebajikan warga pendidik," menurut kenyataan itu.


Antara penambahbaikan utama ialah kebenaran kepada Guru Penolong Kanan DG12 (DG48) untuk bertukar ke mana-mana sekolah tanpa kekangan seperti sebelum ini. Selain itu, Guru Akademik Biasa DG12 (DG48) kini layak dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai Guru Penolong Kanan di sekolah rendah, membuka lebih banyak ruang kemajuan kerjaya kepada warga guru.


Dalam masa yang sama, kerajaan turut menjamin keadilan kepada guru berpengalaman dan berprestasi cemerlang melalui penetapan bahawa Guru Besar DG12 (DG48) tidak lagi akan diturunkan jawatan apabila dinaikkan ke gred DG13 (DG52) atau DG14 (DG54).


"NUTP kekal komited memperjuangkan hak dan kebajikan guru serta memastikan masa depan pendidikan negara terus terjamin," tegas mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page