top of page

Nurul Izzah timbalan presiden: Perkukuh agenda rejuvenasi politik negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read

Fadhlina, Nurul Izzah berkongsi idealisme sama mengenai rejuvenasi parti dan reformasi akar umbi
Fadhlina, Nurul Izzah berkongsi idealisme sama mengenai rejuvenasi parti dan reformasi akar umbi

Agenda rejuvenasi atau meremajakan KEADILAN dan politik negara akan lebih mudah dengan pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden KEADILAN.


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek berkata, seruan agar Nurul Izzah bertanding dalam jawatan nombor dua parti amat bertepatan dengan kehendak akar umbi parti yang inginkan perubahan berpaksikan kestabilan, kesinambungan dan kesetiaan kepada parti.


"Saudari Nurul Izzah adalah tokoh pimpinan muda yang lahir dalam arus centang perenang ketika KEADILAN membina kekuatan di akar umbi. Beliau ada di setiap fasa, bermula dari gelombang merakyatkan reformasi, penubuhan parti KEADILAN, mencipta sejarah sebagai pasukan pembangkang terkuat dalam sejarah Negara sehinggalah pembentukan Kerajaan MADANI.


"Mengangkat saudari Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden juga adalah cerminan kesungguhan parti KEADILAN untuk meneruskan tekad Islahiyy, memperkukuh parti, mengangkat keterlibatan pimpinan muda dan wanita dalam agenda pemberdayaan rejuvenasi politik Negara," katanya dalam muat naik di Facebook.


Menurut Fadhlina, sebagai rakan anggota parti beliau melihat kepimpinan Nurul Izzah yang berkesan dalam parti.


Nurul Izzah juga, katanya, cukup istiqamah berjuang dalam isu-isu kemanusiaan dan pemberdayaan wanita di peringkat antarabangsa.


"Komitmen beliau yang cukup vokal dalam isu Palestin, kemiskinan multi dimensi, keselamatan wanita, keluarga dan kanak-kanak menjadikan beliau pemimpin figura yang diperlukan parti.


"Sebahagian besar akar umbi parti telah menyatakan sokongan penuh kepada Nurul Izzah untuk bertanding dan berfungsi secara efektif dengan "letak duduk" sebagai orang dua dalam parti," katanya.


Fadhlina menolak isu nepotisme yang ditimbulkan sesetengah pihak berhubung pencalonan Nurul Izzah berikutan bapa dan ibunya juga memegang jawatan dalam parti.


"Ini bukan soal anak siapa. Ini bukan soal lelaki atau wanita. Ini bukan soal fraksi siapa.


"Ini soal kelangsungan sebuah parti keramat yang memerlukan tokoh rejuvenasi parti," katanya tegas.


Katanya, Nurul Izzah selayaknya di posisi Timbalan Presiden, menavigasi parti bersama seluruh kekuatan angkatan dan pimpinan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page