top of page

Nurul Izzah tidak bertanding, perkasa plaform Ayuh Malaysia tarik sokongan anak muda



Mantan Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar memilih untuk tidak bertanding mengekalkan jawatannya pada Pemilihan KEADILAN 2022, sebaliknya akan menumpukan usaha menarik sebanyak mungkin sokongan anak muda melalui platform 'Ayuh Malaysia'


Menurut Nurul Izzah, usaha memenangkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 dilihat lebih utama berbanding pemilihan parti kerana kemenangan PRU akan merobah corak politik dan membela rakyat Malaysia daripada terus ditindas rejim BN.


"Seiring dengan komitmen penuh saya kepada usaha melindungi masa depan parti serta perjuangan yang kita kasihi, saya akan menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada kempen memenangi hati pengundi Atas Pagar menerusi wadah Ayuh Malaysia," katanya di Facebook.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun menghargai sokongan yang diberikan oleh anggota KEADILAN kepada beliau sejak tiga penggal lalu


Namun beliau berasa kecewa yang amat sangat terhadap pengkhianatan dalaman sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya dan menjadi salah satu punca beliau meletakkan jawatan naib presiden.


"Perletakan jawatan tersebut bukanlah titik noktah akhir perjuangan di dalam parti. Sebaliknya ia merupakan langkah introspeksi - mengingatkan semua, termasuk diri saya sendiri tentang kepentingan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kita, serta kepimpinan parti kepada perjuangan asal reformasi.


"Pun begitu, musuh kita kian mara. Wadah politik semata tidak semestinya mampu meraih dokongan rakyat yang tercalar teruk selepas sekumpulan besar Ahli Parlimen dari parti KEADILAN mengkhianati kita, lalu mendakap organisasi lain yang menawar habuan, pangkat serta laba.


"Kebertanggungjawaban memandu agenda seterusnya bagi memperkukuh parti ini harus dirangkul secara bersama, dengan capaian kekuatan serta jajaran yang bersifat pelbagai dimensi dan merangkumi pelbagai sayap.


"Meski saya tidak terlihat di dalam pesta demokrasi parti, saya tetap mendokong rakan-rakan yang bertanding dengan penuh semangat setiakawan. Moga-moga KEADILAN mampu membidani satu lapisan kepimpinan yang gah dan komited," ujarnya.


Oleh itu, Nurul Izzah bertekad akan menggerakkan kempen Ayuh Malaysia yang beliau asaskan bersama Rafizi Ramli ke seluruh negara bagi mewujudkan gelombang perubahan menjelang PRU ke 15.


"Berikan saya ruang untuk memacu gerakan Ayuh Malaysia sepenuhnya. Titik pertemuannya adalah kejayaan kita meraih semula keyakinan rakyat yang telah banyak berkorban lalu menongkah badai sosioekonomi yang perit, lebih-lebih lagi selepas dilanda pandemik tetapi kecewa dengan kemelut politik negara.


"Sudilah juga bersama saya, sedang kami mengorak langkah dari Permatang Pauh ke Johor Bahru, kemudian singgah di Pensiangan sebelum ke Labuan (memandangkan saya masih dihalang daripada bertandang di Bumi Kenyalang).


"Sertai Jelajah Ayuh Malaysia. Kita dengarkan bersama suara rakyat yang sentiasa tersemat sebagai suara keramat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page