top of page

Nurul Izzah selamat diijabkabul bersama Yin Shao Loong

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 6, 2022
  • 1 min read


Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Yin Shao Loong


Puteri sulung Presiden KEADILAN itu dalam kenyataannya berkata, mereka dinikahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang semalam bersaksikan keluarga terdekat.


"Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.


"Kami memohon doa kalian semua - agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT," katanya.


Untuk rekod, Shao Loong pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir Institut Rakyat. Ketika ini beliau berkhidmat di Khazanah Research Institute dan memfokus kajian mengenai polisi industri, perubahan iklim dan kajian masa hadapan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page