top of page

Nurul Izzah lunas tanggungjawab dengan cemerlang, harumkan nama negara



Oleh: Noraini Nordin


(Sorotan Lawatan Rasmi Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China)


Inilah bukan lawatan 'makan angin' atau berjalan-jalan 'cari makan'.


Lawatan Rasmi 50 Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China baru-baru ini adalah undangan daripada kerajaan negara tersebut kepada Parti Keadilan Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia - China.


Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai kunjungan bersejarah ini dan misi tersebut telah beliau lunaskan dengan cemerlang.


Bagi yang menjadi delegasi sudah pasti memahami apakah tugasan kita selanjutnya sebagai 'duta kecil' yang diberi peluang menuntut ilmu di tanah besar China.


Justeru itu, kita tidak perlulah berkecil hati dengan kecaman atau sindiran daripada 'orang' yang tidak bersama kita.


Jika mereka jujur serta berniat baik pasti mereka akan berminat untuk mengetahui hasil pengalaman atau apa yang berjaya kita timba di negara yang memiliki populasi kira-kira 1.4 bilion penduduk ini.


Selaku ketua delegasi, Nurul Izzah Anwar telah menunjukkan contoh terbaik bukan sahaja ketepatan masa, disiplin yang tinggi, cakna kebajikan serta bijak berdiplomasi dan berkomunikasi dengan wakil-wakil pimpinan kerajaan China termasuk yang bertaraf menteri.


Kepintaran Nurul Izzah berdiskusi dengan CEO syarikat syarikat gergasi China juga membuktikan beliau mahir dan memahami potensi ekonomi untuk dua negara bekerjasama sekali gus untuk menjadikan Malaysia Madani lebih cemerlang.


Lawatan undangan kerajaan China


Perlu dijelaskan bahawa lawatan tersebut adalah atas undangan Kerajaan China kepada Parti Keadilan Rakyat.



Secara mudah untuk difahami, Nurul Izzah selaku ketua delegasi mewakili parti KEADILAN dan bukan mewakili kerajaan, meskipun bapanya adalah Perdana Menteri.


Beliau mengetuai delegasi atas kapasiti Naib Presiden KEADILAN bukan mewakili kerajaan atas nama anak Perdana Menteri


Selaku ketua delegasi, sepanjang lawatan dan dalam menghadiri pelbagai program yang telah sedia diatur, Nurul Izzah benar-benar memperlihatkan komitmennya yang amat tinggi.


Semua lawatan, mesyuarat, taklimat, perbincangan dan sebagainya dihadiri oleh beliau selaku ketua delegasi dengan tenang dan dengan minat yang tinggi.


Tidak pernah sekali pun beliau menunjukkan wajah yang letih atau merungut kerana jadual padat, jauh sekali cuba ponteng untuk digantikan dengan orang lain.


Beliau benar-benar berperanan sebagai ketua serta mengambil bahagian dalam setiap pertemuan atau perbincangan dengan pelbagai pihak yang ditemui di China.


Dengan komitmen Nurul Izzah itu, secara tidak langsung beliau telah mengharumkan serta memberi impak positif kepada nama negara.


Serius bekerja


Nurul Izzah memberi gambaran pemimpin muda dan pelapis masa hadapan Malaysia adalah benar-benar serius bekerja untuk negara.



Lawatan ini bertambah lancar dan penuh pengisian kerana kerajaan China amat menghormati Malaysia yang diterajui oleh PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Terima kasih Nurul Izzah dan semua pasukan sekretariat yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang hampir 11 hari kita bersama.


Lawatan yang amat berbaloi serta menyuntik semangat untuk kami meneruskan tanggungjawab memperkasakan parti dan Malaysia Madani.

________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page