top of page

Nurul Izzah kongsi rezeki burger gadis OKU dengan anak yatim



Melihat kesungguhan seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) begitu gigih berniaga burger, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkongsi rezeki 200 keping makanan ringan itu dengan penghuni rumah anak yatim di sekitar Sepang, Selangor semalam.


Beliau yang kebetulan 'melepak' di kedai burger milik Jaheera Nadzri, 29, atau dikenali sebagai Eerah di Kota Warisan, Sepang semalam amat berpuas hati dengan rasa enak burger yang dimasak oleh gadis itu.


"Malam tadi, saya sempat lepak di gerai burger Eerah. Saya rasa burger special, memang A! Saya terus cakap pada Nadzri (bapa Eerah) saya nak tapau 200 burger untuk bagi (beri) pada rumah anak anak yatim berhampiran.

"Alhamdulillah, abang-abang dan ayah Eerah bantu untuk masak bersama. Saya terus delivery burger untuk anak-anak yatim Baitus Sakinah Hidayah dan Baitul Barokah Wal Mahabbah," kata Nurul Izzzah dalam hantaran di Facebook dengan tajuk 'Dari Burger OKU ke Senyuman Anak-Anak Yatim'.


'Rezeki untuk Eerah, rezeki untuk anak yatim'

Eerah membuka gerai burgernya di hadapan Surau Al-Hijrah, Kota Warisan bersama bapanya Nadzri Abdul Majid, 66 sejak setahun lalu.


Nurul Izzah berkata beliau memaklumkan kepada anak-anak yatim tersebut bahawa burger tersebut dimasak oleh Eerah sehingga menyebabkan hati mereka tersentuh sambil tersenyum kekenyangan.


"Eerah kongsi dengan saya, dia mahu supaya rakan-rakan OKU yang lain tidak malu dengan kekurangan diri dan terus berusaha dengan cara yang tersendiri," ujarnya.


Nurul Izzah berkata Eerah merupakan seorang gadis OKU yang minat berniaga sejak dahulu lagi iaitu dari biskut cornflakes madu, telur masin hinggalah kini burger.

"Meskipun kurang upaya, Eerah tak pernah putus semangat," katanya.


"Saya kagum melihat usaha anak muda OKU seperti Eerah, siapa yang nak singgah gerai burger Eerah, boleh Waze ke Eerah Burger," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page