top of page

Nurul Izzah, Ketua Menteri P. Pinang lawat empangan Mengkuang




Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar melakukan lawatan kerja bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ke empangan Mengkuang bagi menunjau paras air semasa dan projek pembesaran empangan tersebut.


Menurut Nurul, pembesaran empangan berkenaan penting bagi menampung air hujan untuk kegunaan pada musim kemarau bagi aktiviti pertanian di kawasan sekitar.


"Saya bersama Ketua Menteri, Tuan Chow Kon Yeow dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Sr. Rozali Mohamud serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa menyertai lawatan kerja meninjau paras air semasa di Mengkuang Dam.


"Empangan Mengkuang merupakan empangan strategik yang berfungsi mengumpul lambakan air ketika musim hujan supaya tidak dibazirkan mengalir ke laut, bagi dimanfaatkan ketika musim kemarau panjang.


"InshaAllah, gesaan bagi mempercepatkan Fasa 2B dan Fasa 2C projek pembesaran empangan Mengkuang yang bakal memanfaatkan rakyat Pulau Pinang khususnya, akan saya usulkan di persidangan Parlimen yang akan berlangsung Julai ini melalui kamar khas," katanya di Facebook beliau.


Disamping itu, Nurul juga berharap sebahagian daripada kawasan empangan Mengkuang akan dibuka semula bagi tujuan rekreasi penduduk setempat. Empangan itu sebelum pandemik Covid 19 terkenal sebagai kawasan rekreasi komuniti dan ditutup sejak bulan Mac lalu susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page