top of page

Nurul Izzah ikon parti, konsisten perjuangan, wajar tanding timbalan presiden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read


Nurul Izzah wajar menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN memandangkan beliau pernah menjadi ikon 'Puteri Reformasi' pada usia remajanya, dan konsisten dengan perjuangan sehingga ke hari ini.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin berkata, pencalonan Nurul sebagai Timbalan Presiden KEADILAN bagi Sesi 2025-2028 amatlah wajar berdasarkan pengalamannya.


"Saya menyokong penuh Nurul Izzah Anwar sebagai calon Timbalan Presiden KEADILAN bagi Sesi 2025-2028.

Noraini Nordin
Noraini Nordin

"Nurul Izzah adalah ikon parti yang konsisten perjuangan dalam apa juga situasi susah dan senang.


"Kami anggota Wanita KEADILAN menyakini kemampuan Nurul Izzah mengurus parti dan mampu menjulang KEADILAN ke tahap tertinggi serta disegani," katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain itu, kata beliau, Nurul Izzah juga dikenali di peringkat antarabangasa sejak awal penubuhan parti KEADILAN.


"Nurul bukan sahaja disegani dalam negara malah di peringkat antarabangsa.


"Sudah tiba masanya Nurul Izzah diangkat menjadi Timbalan Presiden demi masa depan KEADILAN," katanya lagi.


KEADILAN membuka pencalonan kepada anggotanya untuk menyertai pemilihan parti bagi jawatan Timbalan, Naib Presiden dan ahli Majlis Pimpinan Pusat sehingga 9 Mei ini.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page