top of page

Nurul Izzah gunakan kenderaan siar raya, seru daftar vaksinasi dan hadir temu janji

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • May 29, 2021
  • 1 min read

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilihat selangkah ke hadapan apabila menggerakkan promosi pendaftaran vaksinasi menerusi kenderaan siar raya.


Beliau berkata, ia mempromosi pendaftaran vaksinasi akan bergerak di seluruh kawasan di Permatang Pauh demi membantu menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini berkenaan vaksinasi, pendaftaran vaksinasi serta mengingatkan mereka yang sudah mendaftar untuk hadir pada temu janji yang ditetapkan.


"Bagi mereka yang ingin mendaftar ketika mobalisasi tersebut berlangsung, mereka boleh sahaja terus bertemu dengan sukarelawan kami di lapangan," katanya.


Terbaru, unit siaraya Permatang Pauh digerakkan di kawasan Tun Hussein Onn dan Kampung Surau hari ini bagi memberikan maklumat terkini, mengingatkan agar menghadiri temu janji vaksinasi dan juga mewar-warkan cara pendaftaran menerusi Program Jangkauan Komuniti Vaksinasi PermatangPauh.


"Demi golongan warga emas, orang kelainan upaya serta golongan rentan yang lain terutama di kawasan luar bandar terus dilindungi meski dengan akses digital dan informasi yang terhad," katanya.


Sejak minggu lalu, pasukan sukarelawan yang terdiri daripada MPKK, Ahli Majlis MBSP, JPWK, AMK Permatang Pauh, anak-anak muda serta beberapa NGO yang lain di Permatang Pauh telah digerakkan bagi memulakan pendaftaran vaksinasi rumah ke rumah sebagai salah satu inisiatif Vaccine Outreach Programme.


"Ini kerana akses dan informasi tentang pendaftaran vaksinasi buat warga emas dan golongan OKU kadangkala adalah terhad.


"Semoga lebih ramai dari golongan berisiko ini dilindungi, Insya-Allah," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page