top of page

Nurul Izzah boleh perbaiki kesenjangan sosial - Elizabeth

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 31, 2023
  • 1 min read


Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan amat berguna untuk membaiki kesenjangan sosial antara kaum atau intra kaum di Malaysia.


Hal itu dinyatakan oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Elizabeth Wong Keat Ping.


Menurut beliau, keterlibatan Nurul dalam penyelidikan Kemiskinan Multi Dimesi sebelum ini amat berguna untuk dijadikan dasar negara dalam usaha membasmi kemiskinan, terutama menentukan polisi bantuan yang lebih komprehensif kepada rakyat .


Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri layak mendapatkan pasukan penasihat paling dipercayai untuk membantu beliau dalam hal-hal berkepentingan negara.


"Jadi, mengapa kita perlu menghalang peluang beliau (Nurul) untuk berkhidmat kepada Perdana Menteri?


"Tahun demi tahun, dasar ekonomi dan kewangan konvensional sebenarnya telah menyebabkan semakin ramai keluarga hidup dalam kemiskinan. Mengapa kita perlu ulangi lagi dasar-dasar yang sama?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan itu berkata, sebelum ini Nurul juga telah memulakan rundingan dengan pemain ekonomi khususnya dalam isu peningkatan skil pekerja dan latihan kemahiran TVET.


"Beliau sebenarnya telah memulakan pelbagai rundingan dan perbincangan dengan pemain-pemain dari sektor-sektor utama demi meningkatkan keyakinan dan produktiviti ekonomi negara," ujarnya.


Justeru, Elizabeth Wong meminta Nurul Izzah agar mengabaikan kritikan terhadapnya dan tumpukan usaha memperbaiki kesenjangan sosial.


"Yang lebih penting ialah fokus untuk membuat yang terbaik untuk negara," tegas beliau lagi.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page