Nurul Izzah Anwar Pengerusi MPN Perlis, Kedah, Pulau Pinang
- Redzuan Shamsudin
- Aug 12, 2022
- 2 min read

Tiga negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mendapat Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN yang sama, Nurul Izzah Anwar.
Naib Presiden KEADILAN tersebut dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengerusi negeri bagi memantapkan persiapan menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Presiden KEADILAN itu, beliau yakin pemilihan Nurul Izzah berdasarkan pengalaman beliau sebagai pimpinan utama parti sejak sedekad lalu dan pernah menjadi Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Pusat, mampu menggalas cabaran menghadapi BN dan PN.
"Saya telah mengemukakan nama saudari Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi MPN Pulau Pinang dan semua Ketua Cabang sebulat suara bersetuju melantik beliau sebagai Pengerusi MPN yang baharu.
"Saya yakin pengalaman saudari Nurul Izzah lebih dua dasawarsa lalu dapat meniupkan semangat reformasi serta mengukuhkan lagi KEADILAN di Pulau Pinang bagi menghadapi PRU-15," katanya.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pelantikan pengerusi MPN 3 negeri tersebut, Anwar berkata beliau telah dimaklumkan isu isu setempat oleh Ketua ketua Cabang dan kebanyakan isu di sebelah utara tanah air adalah isu rakyat.
"Isu yang dibangkitkan Ketua ketua Cabang ialah persiapan jentera pilihan raya, termasuk juga pembahagian kerusi dan pimpinan untuk turun. Sama ada jentera pilihan raya, penerangan atau Setiausaha Agung untuk turun ke Cabang cabang memperkemas jentera dan memperkuat tekad mereka untuk menghadpai pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila bila masa.
"Yang menarik perhatian saya, minat mereka untuk membincangkan masalah rakyat, keperluan untuk memastikan isu kos harga barang, perumahan rakyat, kemudahan peniaga kecil, penjaja yang harus diberi keutamaan.
"Kerana dalam pembangunan ini kita tumpu soal besar tetapi tidak memberikan penumpuan sebaiknya bagi menangani pejaja kecil dan juga keperluan rakyat seperti perumahan.
"Rakan dari Kedah bangkikan soal kelemahan dalam mengurus banjir yang merugikan rakyat, penebangan hutan atau balak yang sekarang menjejaskan kehidupan rakyat di kampung miskin," katanya lagi.
Di samping itu, Anwar berkata, isu isu besar seperti skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) juga akan menjadi bonus dalam PRU kali ini.
Isu penyelewengan yang berulang ulang seperti itu perlu kesedaran rakyat dan KEADILAN perlu memastikan rakyat benci terhadap penyelewengan setiap kali projek mega diluluskan.
Dengan pelantikan Pengerusi MPN bahagian utara maka semua Pengerusi MPN bagi sesi 2022 - 2025 telah pun dilantik:
Perlis - Nurul Izzah
Kedah - Nurul Izzah
Pulau Pinang - Nurul Izzah
Perak - Chang Lih Kang
Kelantan - Nik Nazmi
Terengganu - Nik Nazmi
Pahang - Amirudin Shari
Selangor - Amirudin Shari
Wilayah - Rafizi Ramli
Johor - Rafizi Ramli
Negeri Sembilan - Aminuddin Harun
Melaka - Aminuddin Harun
Sabah - Sangkar Rasam
Sarawak - Roland Engan
Commenti