top of page

NRECC peruntukkan RM100 juta kerja kecemasan luar jangka



Sejumlah RM100 juta diperuntukkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan luar jangka ketika fasa Monsun Timur Laut (MTL).


Menteri NRECC, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan perkara itu kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Taman Siakap di Butterworth pada Rabu.


"Kerja kecemasan luar jangka itu membabitkan skop memulihkan sistem saliran perparitan, jalan, jambatan dan struktur kawalan banjir.


"Baru-baru ini, NRECC turun ke Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan hari ini Pulau Pinang bagi melihat persediaan yang dibuat untuk musim tengkujuh.

"Kita juga tambah jumlah pam bergerak untuk digunakan ketika berdepan banjir," katanya dipetik.


Selain peruntukan RM100 juta itu, kerajaan juga jelasnya meluluskan peruntukan berjumlah RM20 juta dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) .


Peruntukan itu bagi melaksanakan projek RTB Taman Siakap di daerah Seberang Perai Tengah untuk mengurangkan risiko kejadian banjir di beberapa taman perumahan sekitar kawasan terbabit.


"Projek ini adalah inisiatif kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai Projek Hybrid seperti mana kejayaan projek RTB Teluk Kumbar di Daerah Barat Daya yang siap sepenuhnya pada 2021.


"Komponen utama projek ini adalah kerja menaik taraf dua rumah pam, pembinaan tebatan banjir, menaik taraf pembentungan Lebuhraya Kurau kepada jambatan serta kerja-kerja berkaitan.


"Projek ini menyediakan tahap perlindungan banjir sehingga 100 'Average Recurrence Interval' (ARI) dan akan memberi manfaat kepada 8,000 orang penduduk di dalam kawasan sub lembangan terbabit," ujarnya.

Terdahulu Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut di negara ini dijangka bermula pada Sabtu ini dan berterusan sehingga Mac 2024.


Dalam tempoh ini, jabatan itu menjangkakan bahawa empat hingga enam episod hujan lebat bakal berlaku membabitkan beberapa negeri antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page