top of page

No Further Action terhadap Menteri Pas bukti PN kerajaan dua darjat

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Oct 22, 2020
  • 1 min read

Keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan lanjut (No Further Action) terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Datuk Khairuddin Aman Razali yang telah melanggar kuarantin wajib Covid-19 adalah sesuatu yang amat dikesali rakyat.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang untuk menjadi sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat, sebaliknya mengesahkan lagi bahawa kerajaan PN adalah kerajaan dua darjat.


"Beberapa kes yang melibatkan rakyat biasa yang terkhilaf melanggar arahan kuarantin telah dijatuhkan hukuman denda dan penjara manakala Menteri Pas dibebaskan begitu sahaja.


"Sebagai contoh, baru 2 hari lepas seorang juruteknik swasta telah dipenjara 14 hari dan didenda sebanyak RM1,000 selepas gagal mematuhi arahan menjalani kuarantin.


"Tindakan yang tidak adil ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh PN dan malangnya dengan kelemahan integriti dan kerakusan pangkat, lebih banyak ketidakadilan yang akan berlaku selepas ini," katanya dalam kenyataan.


Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menganggap kerajaan PN telah pun mensia-siakan pengorbanan dan usaha petugas barisan hadapan serta rakyat biasa dalam memerangi Covid-19.


"Rakyat terpaksa akur dengan arahan yang sering bertukar hampir sepanjang masa kerana adanya ugutan dan hukuman terpilih, namun hormat mereka kepada pemerintah semakin menghilang.


"Ketika seluruh negara berhadapan dengan kesengsaraan ekonomi, ramai yang hilang pekerjaan, ada yang hilang tempat tinggal, PN sanggup lakukan apa sahaja demi kekal berkuasa untuk kepentingan peribadi.


"Ini amat merisaukan jika cengkaman ini dibiarkan, maka akan terbentuklah pemerintah yang zalim dek kerana amalan hukum bukan berdasarkan undang-undang saksama (rule of law) tetapi mengikut selera kedudukan dan pangkat, layanan media terpilih dan pelbagai lagi, sedangkan nasib rakyat kebanyakan tidak dihiraukan," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page