top of page

Nik Nazmi nafi terlibat skim pelaburan, buat laporan polis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 10, 2024
  • 1 min read

ree

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan terlibat dalam skim pelaburan seperti yang tular di media sosial.


Melalui satu hantaran di aplikasi X, Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung penggunaan nama dan gambarnya dalam iklan pelaburan di aplikasi Telegram pada Selasa.

ree
Laporan polis menafikan terlibat pelaburan

Laporan berkenaan difailkan pihaknya di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam baru-baru ini untuk menafikan penglibatannya dengan akaun itu.

"Laporan polis tersebut telah dibuat untuk menafikan penglibatan saya dengan akaun tersebut serta untuk menjaga nama baik saya," katanya.


Laporan tersebut juga dibuat bagi melindungi dirinya daripada dakwaan palsu itu.


Nik Nazmi pada masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya atau terlibat dengan skim penipuan sedemikian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page