top of page

NGO Reformis sumbang bantuan kepada mangsa banjir Pahang, Kelantan



Banjir besar di Pahang dan Kelantan walaupun telah surut namun meninggalkan kerosakan harta benda bukan sedikit kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan.


Cuba meringankan kesulitan itu, tiga NGO Reformis, Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT), Koperasi Madani Malaysia (K3M) dan Gabungan Reformis Malaysia (GRM) mengumpulkan barang-barang keperluan untuk dihantar kepada mangsa banjir di dua negeri terbabit.


Menurut penyelaras program, Mustaffa Kamil Ayub (gambar, dua dari kiri), pengumpulan bantuan tersebut dilakukan dalam sehari di kediaman beliau di Kota Damansara sebelum dihantar ke kawasan bencana dengan sebuah lori.


"Kita akan menghantar barangan bantuan banjir ini untuk Kelantan dan Pahang.


"Beberapa sukarelawan sepanjang hari hingga jam 6 petang menerima sumbangan pelbagai bentuk dari air minuman hinggalah lampin bayi. Lebih seratus kotak barangan dihimpun untuk dibawa dengan lori ke Kuantan dan Kelantan.


"Bantuan ini inisiatif kecil tiga organisasi di bawah RAPAT, GRM dan K3M," katanya semalam.


Beberapa barangan yang dibungkus termasuk air minuman, sos, kicap, beras, pakaian terpakai, lampin pakai buang dan sebagainya.

Setiausaha Agung RAPAT, Alias

Dalam pada itu, Setiausaha Agung RAPAT, En Alias berkata, program bantuan berkenaan mungkin akan dilanjutkan kepada siri kedua berikutan sambutan menggalakkan dari penderma.


"Saya ambil kesempatan atas usaha murni rakan-rakan NGO memandangkan keadaan dan permintaan yang kami terima untuk bantuan mangsa banjir Kelantan dan Pahang, terpanggil mengumpulkan barang-barang keperluan harian kepada mereka yang terjejas teruk .


"InshaAllah kami akan cuba membuat program kali kedua dalam dua minggu lagi. Setakat ini kami mampu menghantar setakat yang ada dalam masa tidak sampai dua hari merancang," katanya.


Ketiga-tiga NGO terbabit akan meneruskan misi bantuan banjir dan juga bantuan kepada golongan memerlukan.


Sehubungan itu, Presiden RAPAT, Mustaffa Kamil mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menderma bagi program-program bantuan rakyat pada masa akan datang.


Pihak yang ingin menyumbang boleh menderma kepada Tabung Kemiskinan & Bantuan Khas RAPAT (TKBK) dengan Nombor akaun 140 500 0478 7713, Bank Muamalat Batu Caves, Selangor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page