top of page

NGO Rapat jadi rakan kongsi Malaysia Madani - Mustaffa Kamil



Pertubuhan Rapat Rakyat yang aktif membela aktivis refomasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini bertekad menjadi NGO tunjang atau rakan kongsi menjayakan agenda Malaysia Madani.


Hal itu dinyatakan oleh Presiden Rapat, Mustaffa Kamil Ayub (gambar atas) selepas NGO berkenaan selesai melancarkan semula (Koperasi Masyarakat Madani Malaysia Bhd) K3M yang menjadi salah satu cara reformis menjana kewangan, baru baru ini.


"Pada 27-28 Mei lalu bertempat di Hotel Sani Kuala Lumpur, Mesyuarat Agung Tahunan Kali ketiga Rapat telah berlangsung dengan jayanya.


"Perhimpunan 200 tetamu, perwakilan dan pemerhati ini juga diisi dengan ucapan dasar Presiden Rapat, pelancaran semula Koperasi K3M dan produk K3M, forum, solat Subuh berjemaah dan tazkirah serta Mesyuarat Agung Tahunan kali ketiga Rapat yang dilaksanakan dengan semangat tinggi dari kalangan penyokong juga pencinta pejuangan keadilan," katanya.


Selain pelancaran semula Koperasi K3M itu, kata Mustaffa, majlis hujung minggu itu juga telah mengumpul para penggiat awal reformasi dalam forum "Malaysia Madani Kesinambungan dua dekad Reformasi" bersama Datuk Lokman Adam, Datuk Abdullah Sani, Datuk Romli Ishak, Dr BAM dan dimoderatorkan oleh Syed Badlisah.


Forum mengumpulkan generasi awal penggerak Reformasi menggamit nostalgia 1998

Forum tersebut, katanya, telah ditonton puluhan ribu netizen secara atas talian.


"Turut diperkenalkan dalam majlis kali ini adalah buku tulisan saya bertajuk "Idealisme Politik Membangun Malaysia Madani" terbitan IIUM Press dan kini boleh diperolehi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di World Trade Center.


"Timbalan Menteri Fuziah Salleh juga telah sudi melancarkan semula Koperasi K3M yang telah dimulakan sejak 2020 lalu bersama ratusan jenis produknya," kata Mustaffa lagi.


Manakala dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali ketiga RAPAT, katanya, sejumlah usul penting termasuk peranan Rapat sebagai agen penting Malaysia Madani, bantuan Khas Rakyat dan NGO, serta cadangan pindaan Perlembagaan telah dibahaskan.


Dalam mesyuarat tersebut Mustaffa dipilih semula sebagai Presiden Rapat untuk penggal 2023-2026.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page