top of page

NGO RAPAT anjur majlis hargai jasa reformis di Melaka, Johor



NGO pro Reformasi, RAPAT Rakyat baru baru ini menganjurkan majlis menghargai veteran reformis di Melaka dan Johor.


Menurut Presiden RAPAT Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub, program Jelajah Rapat Rakyat (JRR) dan Majlis Meraikan Reformis (MESRE) itu diadakan di Bandaraya Melaka dan Bandaraya Johor Bahru.


"Majlis di Melaka dihadiri 40 orang pimpinan dan ahli RAPAT


"Manakala program di Johor dihadiri 30 orang.


"Majlis ini bagi menyampaikan Watikah Penghargaan Reformis yang ditandatangani Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, hadiah buku juga hamper.


"Reformis juga diberi peluang meluahkan pengalaman dan harapan dalam sesi santai," katanya.



Dalam majlis di Melaka, kata Mustaffa, ucapan aluan diberikan oleh Pengerusi RAPAT Melaka, Dr Ahmad. Taklimat disampaikan oleh Setiausaha PAPAT, Alias. Sesi luahan rasa disertai Pak Habib, Puan Salimah, Puan Mega dan En Maniam serta penggulungan oleh Saudara Zulkefly Othman.


Di Johor perasmian dan sesi santai disampaikan oleh Prof Dr Roji, Saudara Sidek dan Saudara Azmi. Pertemuan itu juga bersetuju melantik Ust Halimi Kolan selaku Pengerusi Penaja RAPAT Johor.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page