NGO pro KEADILAN, Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (Pekasih) Pulau Pinang baru-baru ini menyumbangkan 1,000 pelitup muka dan 300 pelindung muka kepada Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Menurut kenyataan Pekasih, sumbangan itu bagi mengekang penularan wabak yang melanda negara dan sangat membimbangkan.
"Sebagai usaha untuk mengekang jangkitan wabak ini, Pekasih telah menyumbang 1,000 face mask serta 300 face sheild kepada Tuan Ahmad Azrizal Tahir, Ahli Majlis MBPP untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan.
"Bagi mengekang penularan wabak yang melanda negara dan dunia ini, kita memerlukan kerjasama semua pihak bagi menghentikan penularan wabak Covid yang semakin hari semakin mengganas. Kita semua adalah "front liner" untuk hentikan penularan wabak ini," kata kenyataan tersebut.
Turut sama dalam majlis tersebut Tuah Ismail ADUN Pulau Betong dan Datuk Abdul Malik Kassim mantan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Comments