top of page

NGO desak skandal Pandora Papers diambil berat oleh kerajaan PN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 12, 2021
  • 2 min read


Sekumpulan NGO hari ini berhimpun di jalan masuk ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum menggesa kerajaan Perikatan Nasional 2.0 mengambil prihatin mengenai pendedahan Pandora Papers yang enggan dibincangkan dalam sidang Dewan Rakyat.


Menurut wakil daripada NGO Gegar, Ruslan Ismail (gambar, dua dari kanan), Pandora Papers sepatutnya telah dibahas dalam sidang Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu selepas diusulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Katanya, rakyat Malaysia mahu tahu bagaimana wang sehingga RM1,800 bilion dibawa keluar dan berada di akaun bank di luar pesisir.


"Kami pembayar cukai, kita datang bukan nak buat rusuhan, tetapi kita ingin menzahirkan ketidakpuasan hati kami mendesak pihak kat dalam sana yang dilantik rakyat membincangkan perkara ini supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku, kerana ini satu jumlah yang besar yang mungkin melibatkan kepentingan awam .


"Implikasi daripada pendedahan ini sangat serius dan wajib dibahaskan pada kadar segera di Parlimen Malaysia.


"Ini supaya satu ketetapan dan tindakan dapat diputuskan agar Malaysia bebas daripada kemungkinan harta negara dimanipulasi untuk kepentingan peribadi pada masa hadapan melalui pengaliran wang keluar secara haram," katanya dalam sidang media, pagi tadi.

Aktivis media (tengah) Zack Rockstar

Menyokong kenyataan itu, aktivis media yang lebih dikenali sebagai Zack Rockstar di aplikasi Twitter berkata, perbahasan mengenai Pandora Papers tidak sepatutnya dihalang dengan pelbagai alasan sebagaimana yang dilakukan oleh Speaker Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.


Katanya, rakyat ingin tahu bagaimana tokoh politik dan sesetengah Ahli Parlimen mempunyai wang sedemikian banyak di luar negara.


"Kami nak serah memorandum kepada kerajaan dan pembangkang untuk beri ruang perbahasan diadakan.


"Saya mewakili rakyat Malaysia. Hal ini (Pandora Papers) melibatkan kewangan yang besar RM1,800 bilion. Wang itu banyak, 700 kontena kalau dimuatkan. Kami nak tahu dari mana wang itu datang? Macam mana diperolehi? Kami akan serah memorandum. Kita ada dua set, satu kerajaan satu kepada pembangkang.


"Kami minta suara kami atau memorandum ini dibincang dalam Parlimen. Kita nak tahu sejauh mana integriti Parlimen telus (atau tidak) untuk membincangkannya," kata beliau.


Manakala seorang aktivis daripada pertubuhan memperjuangkan hak-hak orang Melayu yang mahu dikenali sebagai Panji Yahya turut mempersoalkan jumlah yang dibawa keluar sehingga RM1.8 trilion.


Katanya, negara berhutang RM1 trilion tetapi wang dilarikan lebih banyak daripada itu.


"Kita akan buat desakan supaya kerajaan membuat siasatan terperinci berkaitan Pandora Papers ini.


"Kami hari ini tidak akan teragak-agak, kerana kami lihat bertapa susah payahnya, terutama Datuk Seri Anwar untuk menyuarakan berkaitan isu ini, tetapi dipandang sepi oleh Speaker.


"Rakyat perlu bangkit menyuarakan agar dipandang serius perkara ini. Jangan main-main, ini isu hak rakyat. Ini isu harta negara. Kami tak mahu terus ditipu, dirompak harta kami. Generasi akan datang bagaimana?


"Sedangkan negara dibebani hutang RM1 trilion. Pada masa sama kami diberitakan ada RM1.8 trilion wang negara dibawa keluar dengan haram.


"Kalau 1MDB kita ambil serius, inikan pula RM1.8 trilion, bukan jumlah yang kecil," katanya.


Memorandum tersebut diterima oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati bagi pihak kerajaan, sementara pihak Pembangkang diterima oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen yang tidak henti-henti bersuara mengenai perlunya dibahaskan 'skandal kewangan' terbesar di Malaysia tersebut.



Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page