top of page

NGO desak siasatan dakwaan dana asing membiayai politik tempatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Ahli politik yang dikaitkan dengan aliran dana asing perlu tampil menjelaskan atau menafikan dakwaan berkenaan.


Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat, Shahbudin Embun (gambar) berkata, dakwaan terkait Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli sebagaimana yang tular baru baru ini adalah serius kerana melibatkan pihak luar dalam politik domestik.


Beliau turut menggesa pihak berkuasa, khususnya polis, supaya menjalankan siasatan segera berdasarkan laporan yang telah dibuat bersama bukti yang dikemukakan.


"Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kerana disyaki terdapat unsur pengkhianatan atau ancaman terhadap keselamatan negara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA)," katanya dipetik Kosmo Online.


Menurut beliau, tindakan tegas perlu diambil sekiranya wujud pelanggaran undang-undang sebagaimana didakwa bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang campur tangan asing.


Kelmarin, NGO berkenaan dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung satu video tular yang mengaitkan ahli politik dengan dakwaan pengaliran dana asing melebihi RM1.5 juta daripada organisasi luar negara melalui sebuah proksi tempatan.


"Dana tersebut didakwa digunakan untuk menggerakkan naratif radikal di media sosial dan demonstrasi jalanan atas nama demokrasi serta hak asasi manusia. Tindakan itu dipercayai mempunyai agenda tertentu," katanya.


Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Rafizi berhubung dakwaan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page