top of page

NGO bantu pasang lampu solar di kawasan sekolah DUN Gurun

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 2, 2024
  • 1 min read

ree

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru baru ini berinisiatif memasang lampu solar di dua buah sekolah di DUN Gurun.


Menurut Persatuan Suara Madani (Suara Madani), mereka tidak menunggu Kerajaan Negeri Pas untuk memberi peruntukan, sebaliknya mengusahakan sedikit dana bersama Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Negeri Kedah memasang lampu solar berkenan di jalan masuk ke kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Kebangsaan Kampung Sungai Toh Pawang, Bedong.


"Pemasangan lampu solar ini bagi membantu warga sekolah serta masyarakat di kawasan tersebut.


"Semoga pemasangan lampu solar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga di Kampung Sungai Toh Pawang, Bedong ini," kata kenyataan NGO berkenaan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page