top of page

NGO anak muda desak tamat pertempuran, merdekakan Palestin



Gabungan pertubuhan NGO anak muda Malaysia menggesa segera ditamatkan pertempuran di antara tentera Israel dan kumpulan bersenjata Palestin.


Gabungan berkenaan turut menggesa rejim Israel membenarkan kewujudan dua negara dalam formula perdamaian yang telah dirundingkan sejak 1990an lalu bagi mendamaikan Asia Barat, serta menamatkan kekejaman penjajah Zionis ke atas Semenajung Gaza yang sedang memuncak pada waktu ini.


"Kami mengutuk sekeras-kerasnya segala tindakan zalim yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama puluhan tahun, yang melibatkan serangan-serangan udara dan rampasan tanah milik rakyat Palestin yang tidak berperikemanusiaan.


"Kezaliman ini bukan hanya suatu ancaman kepada keamanan dan kedamaian di rantau tersebut, tetapi merupakan cubaan yang keji untuk menghancurkan masa depan rakyat Palestin.


"Pada saat yang genting ini, kami menegaskan terhadap perlunya menghentikan lebih banyak kerugian nyawa dan mengurangkan penderitaan.


"Kami juga menggesa agar semua pihak yang berkonflik menghormati batas kemanusiaan khususnya dalam memelihara rakyat awam yang terdiri dari wanita, kanak-kanak, dan warga emas. Turut digesa agar tiada pihak yang merosakkan mana-mana rumah ibadat atas nama kemanusiaan," kata gabungan itu dalam satu kenyataan.

Pengeboman Israel mengobankan 700 nyawa Palestin

Kumpulan itu turut menyokong kenyataan negara yang disampaikan di Dewan Rakyat oleh Timbalan Perdana Menteri semalam, juga kenyataan awal oleh Perdana Menteri dan Wisma Putra yang menyatakan solidariti terhadap perjuangan serta hak rakyat Palestin.


"Kenyataan negara ini boleh dianggap sebagai pendirian kita sebagai warga negara ini.


"Kami menyeru kepada komuniti antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia untuk berlaku adil dalam menanggapi peristiwa ini, mencari punca sebenar konflik ini dan tidak semata mata menuding jari kepada rakyat Palestin yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air mereka.


"Anak Muda Malaysia juga menggesa agar semua negara dan warga dunia yang bertamadun dan berperikemanusiaan agar menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan diplomatik dengan Israel yang secara tidak langsung menidakkan keabsahan Palestin sebagai negara yang merdeka dan dizalimi," kata kenyataan itu.


Mereka juga menggesa agar Kerajaan Malaysia menghulurkan segala bentuk bantuan termasuklah bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.


Anak muda Malaysia juga menggesa agar Majlis Keselamatan PBB bertindak segera bagi menghentikan penjajahan rejim Zionis ke atas wilayah Palestin yang bergolak.


"Sebagai menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin, sebuah Himpunan Solidariti untuk Palestin atau Solidarity March for Palestine akan digerakkan pada Jumaat 13 Oktober 2023 selepas Solat Jumaat bertempat di Surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


"Kami menjemput seluruh anak muda dan rakyat Malaysia serta pimpinan negara dan masyarakat untuk bersama-sama pada hari tersebut bagi menyatakan sokongan kita terhadap rakyat Palestin yang dizalimi," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pemuda Kerajaan Perpaduan, Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gerakan Belia 4B Malaysia (4B Malaysia), Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA), Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Majlis Belia Negeri Perlis, Majlis Belia Negeri Perak, Majlis Belia Negeri Kedah, Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Negeri Sembilan, Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Demokrat Sosial (DEMUDA) dan Global Peace Mission (GPM).




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page