Negeri selain Selangor harus ambil tindakan ke atas Sanusi
- Suara Keadilan
- Jul 19, 2023
- 1 min read

Ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor yang mempersenda institusi di-Raja Melayu harus diambil tindakan undang undang oleh negeri lain, selain Selangor.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin berkata, ucapan Sanusi sekiranya diteliti bukan sahaja membabitkan Sultan Selangor tertapi juga kewibawaan institusi di-Raja negeri lain.
"Apabila saya melihat dan mendengar semula ucapan beliau, ia bukan sahaja menghina Sultan Selangor malah kenyataan beliau seakan-akan menghina keturunan sultan-sultan negeri lain.
"Ia seolah-olah hanya Sultan Kedah hari ini 'satu-satunya sultan' seperti yang didakwa Sanusi berasal dari keturunan raja-raja yang sah.
"Oleh itu, pada hemat saya, beliau (Muhammad Sanusi) bukan hanya sekadar perlu diambil tindakan di negeri Selangor bahkan di setiap negeri yang mempunyai sultan mahupun raja sebagai pemimpin tertinggi negeri,” katanya dalam satu kenyataan
Semalam, Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Beliau didakwa berhubung ceramahnya di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak pada 11 malam, 11 Julai lalu.
Justeru, Razeef menegaskan kesucian raja raja Melayu perlu dijaga daripada dihina secara terang-terangan walaupun ucapan itu dikeluarkan oleh seseorang individu berstatus Menteri Besar.
コメント