Menghadapi perubahan iklim yang sukar dijangka dan penurunan hasil tuaian dunia terutama bahan makanan utama seperti jagung dan gandum, Malaysia disaran agar menumpukan kepada usaha keterjaminan makanan kerana muka bumi negara yang subur
Ahli Parlimen P. Prabakaran (PH - Batu) berkata keterjaminan makanan juga telah disaranlan oleh negara ASEAN kepada negara anggotanya.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar beberapa kementerian bekerjasama untuk merealisasikan usaha keterjaminan makanan negara.
"Meningkatkan ketersediaan makanan akan menjadi keutamaan kepada negara dalam tahun tahun mendatang. Memandangkan kelemahan dan cabaran yang dihadapi oleh pertanian dan pengeluran makanan Malaysia adalah jelas pelan komprehensif diperlukan untuk mengatasi isu ini bagi mencapai pengeluaran makanan dan mampan.
"Bagi perkara ini, pada pandangan saya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Kewangan perlu bergandingan bahu, 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'
"Dengan usahasama di antara kementerian, garis panduan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa ASEAN dapat dilaksanakan demi kebaikan negara. Pelan ini boleh merangkumi pelbagai inisiatif seperti amalan pertanian mampan, melabur dalam pertanian, meningkatkan akses kepada teknologi juga meningkatkan infrastruktur yang lebih baik utuk rantaian bekalan makanan serta melaksanakan langkah perlindungan sosial untuk petani berskala kecil," katanya dalam Perbahasan Belanjawan di Peringkat Dasar, sesi pagi Dewan Rakyat.
Menurut Praba lagi, rancangan pertanian mampan amatlah penting untuk sektor pertanian dan usaha pengeluaran makanan di Malaysia. Malaysia juga, katanya harus bersama ASEAN dalam usaha keterjaminan makanan.
"Oleh itu saya mencadangkan satu jawatankuasa dibentuk untuk mengatasi keselamatan dan keterjaminan makanan dari pelbagai sudut," katanya lagi.
Comments