
Pertemuan delegasi Cabang KEADILAN Alor Gajah bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami di Parlimen kelmarin diberi taklimat mengenai usaha kerajaan untuk mewujudkan negara Madani.
Menurut Saraswathy, Ketua Cabang KEADILAN Datuk Ginie Lim dan AJK KEADILAN Alor Gajah juga dimaklumkan mengenai iltizam kerajaan untuk membasmi kemiskinan.
"Dalam pertemuan ringkas ini saya telah memberikan penerangan tentang konsep Malaysia Madani yang diangkat oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim .
"Saya turut menyampaikan peringatan daripada PM bahawa beliau mengambil berat tentang tatakelola setiap individu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan walaupun melibatkan individu individu dari parti sendiri.
"Saya juga menyatakan akan mendukung hasrat YAB PM untuk membasmi kemiskinan dalam negara khususnya miskin tegar melalui inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi," katanya dalam satu kenyataan.
