top of page

Negara Madani laksana Islam bersederhana, tolak ekstremisme



Malaysia merupakan negara Islam yang turut sama didiami oleh pelbagai kaum dan mengamalkan politik kesederhanaan.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H: Perpaduan Tanjong Karang, malam tadi.


Menurut beliau tokoh ulama dunia, Syeikh Dr Ali Jumaah yang hadir memberi syarahan pada Festival Turath Islami Selangor baru baru ini telah menjelaskan kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia berada pada tahap fasa pertama hijrah Nabi Muhammad s.a.w sama ada dalam amalan siasah mahu pun bernegara. Iaitu negara Islam yang tertegak dengan kerjasama atau perjanjian bersama kaum lain dan hidup secara harmoni.


"Syeikh Dr Ali Jumaah menggambarkan banyak tempat di negara yang diketuai orang Islam adalah dalam fasa pertama. Digambarkan dengan ikatan dan persefahaman antara umat Islam dengan satu kelompk. Dan ia tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya.


"Undang undang dan perjalanan Islam sebagaimana di Madinah (kemudian masuk) fasa kedua.


"Bila fasa kedua, sudah pasti selepas Fathul Makkah (pembukan kota Mekah) dan kembalinya Nabi ke Madinah, ketika itu hampir 90% umat Islam di (madinah), negara itu dipimpin umat Islam," katanya.


Oleh itu, kata beliau, umat Islam Malaysia tidak perlu terikut ikut dengan pendapat sesetengah kelompok politikus Islam yang mahukan negara mengamalkan mengamalkan undang undang had dan sebagainya tanpa mempedulikan syarat atau kelayakan pelaksanaan yang betul.


"Dalam ucapan Dr Ali Jumaah Universiti Malaya beliau menggambarkan perkara dalam kewujudan hudud yang digambarkan dan dimaknakan oleh Dr Ali Jumaah sebagai belum layak untuk kita laksanakan kerana belum mempunyai qadi atau mufti untuk melengkapi pada zaman ini, sebagaimana pelaksanaan hukum had pada ketika kegemilangan Islam.


"Saya membawa ucapan Dr Ali Jumaah untuk kita fikirkan. Ia bertepatan dengan tema pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu perpaduan sebagai teras Malaysia Madani," katanya.


Cabaran besar kepada majoriti umat Islam, kata Amirudin, adalah untuk meyakinkan diri mereka bahawa retorik minioriti ahli politik Islam di negara ini hanya bersifat popular dan tidak mungkin dilaksanakan di Malaysia.


Katanya, jika umat tersilap langkah dan mengecam golongan yang tidak mengikuti aliran politik parti tertentu maka umat Islam Malaysia akan terjerumus ke kancah ekstrem yang tidak diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri.


"Pasti orang menganggap ucapan saya menolak undang undang Islam. Saya percaya tidak ada orang Islam yang berani mengisytiharkan hal tersebut


"Tetapi ini pandangan Sheikh Ali Jumaah yang mengumpulkan lebih sejuta karya Turath di Universiti al Azhar yang begitu dalam pengertian dan didalami oleh pemikir dan agamawan


"Oleh itu, kita di Malaysia dan realiti kepelbagaian tidak seharusnya gagal. Kalau kita agal mengangkat Islam dengar tepat akhirnya akan menampilkan wajah buruk Islam kepada umat Islam dan juga rakan yang tidak beragama Islam," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page