top of page

Negara Islam perlu senada tuntut keadilan buat Palestin - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata seluruh negara Arab dan negara-negara Islam, khususnya Arab Saudi perlu senada dan tegas dalam menuntut keadilan buat rakyat Palestin


Perdana Menteri (PM) berkata, tindakan itu bagi memastikan Israel diheret ke muka pengadilan atas segala jenayah dan kezaliman di luar batas kemanusiaan yang dilakukannya sejak puluhan tahun lalu.


Perkara itu dilontarkan PM dalam pertemuannya dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud di Istana Yamamah, Riyadh sebelum berangkat pulang ke tanah air semalam.


"Di samping terus memperjuangkan hak perlindungan dan akses bantuan kemanusiaan, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin, yang menjadi punca utama konflik ini berpanjangan


"Saya zahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan yang dipamerkan Kerajaan Arab Saudi terkait urusan hal ehwal umat Islam, termasuk dalam konflik Palestin-Israel," katanya.


Kunjungan ke atas Putera Mohammed menutup lawatan Perdana Menteri ke Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) sejak kelmarin.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perbincangan beliau bersama Putera Mohammed turut menyentuh hubungan perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara.


"Saya maklumkan kesediaan Malaysia untuk bersama-sama dalam Visi 2030 Arab Saudi dengan meneroka ruang kerjasama baharu, terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen


"Saya juga mengalu-alukan kehadiran pelabur-pelabur dari Arab Saudi ke Malaysia untuk meneroka potensi pelaburan dalam projek bernilai tinggi seperti ekonomi digital dan hijau, kecerdasan buatan (AI), tenaga bersih, pertahanan, elektrik dan elektronik serta aeroangkasa," ujarnya.


PM maklumkan Malaysia sudah bersedia untuk mempengerusikan ASEAN tahun depan, termasuk menganjurkan Sidang ASEAN-GCC-China.


"Penghargaan turut saya berikan kepada Kerajaan Arab Saudi yang bermurah hati memperuntukkan 31,600 kuota haji untuk Malaysia tahun ini.


"Di akhir pertemuan, saya mengulangi jemputan buat Putera Mahkota untuk melakukan kunjungan rasmi ke Malaysia sesegera mungkin," kata Anwar yang percaya lawatan kali ini telah memperkukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi, di samping membuka pelbagai potensi pelaburan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page