top of page

Negara capai pendapatan tinggi kerana rakyat mampu melabur, tanam sayur?



Ungkapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith yang berkata rakyat Malaysia boleh mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 pada 2025 kerana mereka mampu melabur dan bertani amat diragui.


Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, apakah logik menteri tersebut dengan bersandarkan dua aktviti terbabit akan membolehkan isi rumah mendapat pendapatan yang tinggi.


"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata misi mencapai pendapatan RM10,000 satu isirumah pada tahun 2025 akan tercapai kerana rakyat mampu melabur dan tanam sayur.


"Saya minta beliau lebih realistik. Contoh jumlah 77 peratus akaun pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah di bawah RM5,000. Rakyat B40 tidak mempunyai pelaburan yang besar.


"Saya tegaskan masalah asas ialah model gaji rendah yang diguna oleh kerajaan selama ini," katanya.


Justeru, Nik Nazmi mensyorkan kerajaan lebih berpandangan jauh dengan menimbang memperkenalkan gaji sepadan dengan kos berkehidupan bagi merealisasikan pendapatan RM10,000 sebulan tersebut.


"Kerajaan patut mempertimbangkan mekanisme seperti 'wage correction policy' yang dibuat Singapura selama tiga tahun bermula 1979 dan insentif gaji kehidupan wajar (living wage) yang disarankan Bank Negara pada RM2,700 pada tahun 2016 untuk seorang individu di Kuala Lumpur, selain mekanisme gaji minima yang akan dinaikkan kepada RM1,500," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page