top of page

Negara bergerak ke arah digitalisasi, apa nasib golongan rentan?

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 3, 2022
  • 1 min read


Malaysia yang semakin bergerak ke arah digitalisasi harus mengambil kira nasib golongan rentan atau yang terpinggir seperti penduduk di luar bandar yang kurang terdedah kepada aplikasi elektronik, kewangan kripto dan sebagainya.


Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar (PH - Permatang Pauh) bertanya dalam sidang Dewan Rakyat sesi pagi apakah kerajaan mempunyai perancangan tertentu untuk memastikan golongan yang ketinggalan itu mampu merapatkan jurang teknologi atau mengekalkan sesetengah sistem sedia ada untuk mereka.


"Saya ingin menanyakan jawapan lanjut berkait dengan usaha kementerian supaya golongan rentan di pendalaman tidak terpinggir bila kita bergerak ke arah penggunaan digitalisasi sekarang ini.


"Kita tengok penggunaan RFID, semua teknolho terkini sememangnya golongan rentan selalu terpinggir. Sekurang kurangnya some step sebelum kita bergerak ke dunia digital," katanya.


Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa berkata, kementerian itu akan mengambil kira ini soal akses kepada teknologi untuk pastikan tidak ada rakyat yang ketinggalan.


Terdahulu, Nurul Izzah bertanya mengenai matawang kripto yang tidak diiktiraf diperlakukan di Malaysia tetapi aset digital dibenarkan diperdagangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).


"Memandangkan mata wang kripto tidak diktiraf sebagai matawang yang sah diperlakukan, mengapakah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia membenarkan dagangan aset digital melalui Bursa Aset Digital?


"Bila bercakap tentang pembayaran digital, kita juga bergerak ke arah masyarakat tanpa tunai. Apakah langkah diperkenalkan oleh Kementerian Kewanganh supaya golongan rentan tidak terpinggi dalam peralihan ini," katanya melalui soalan tambahan.


Timbalan Menteri menjawab matawang kripto tidak diktiraf sebagai matawang sah pembayaran namun boleh dilaburkan sebagai aset digital untuk pemerolehan dana


Katanya, BNM juga mengeluarkan amaran bahawa aset digital bukan wang sah diperlakukan dan bukan instrumen pembayaran rasmi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page