top of page

Negara Arab digesa henti rundingan normalisasi dengan Israel



Negara-negara yang mempunyai perjanjian normalisasi dengan Israel digesa untuk menghentikan rundingan berkenaan susulan keganasan yang dilakukan rejim itu terhadap rakyat Palestin.


Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya turut menggesa agar Malaysia terus melaksanakan dasar diplomasi agresif dan mengecam tindakan rejim Zionis Israel sebagai pengamal dasar apartheid.


"Perdana Menteri sudah jelaskan pendirian Malaysia, pertamanya apa yang berlaku di Palestin ialah politics of dispossession iaitu menyah hak dan tanah rakyat Palestin. Kita mahu hak dan tanah yang dirampas dikembalikan kepada rakyat Palestin.


"Disebutkan tindakan oleh kerajaan, antaranya Menteri Luar akan ke Jeddah untuk berbincang dengan rakan-rakan negara Arab mengenai sidang khas OIC, PM juga akan ke sana disebut pada hari Khamis untuk bertemu dengan Putera Muhammad Salman, juga dengan negara-negara lain seperti UAE, Qatar, Mesir, Turki dan lain-lain.


"Penegasan untuk sesuatu yang lebih segera dilakukan selain melakukan apa saja yang perlu untuk hentikan tindakan rejim Israel, pastikan ada sempadan dibuka, diberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang sekarang dalam keadaan perang di Gaza," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.


Dalam sidang media itu juga, Syed Ibrahim turut menggesa bantuan kemanusian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disegerakan, kerajaan juga tegasnya perlu memastikan bantuan itu benar-benar sampai kepada rakyat di Gaza.


"Kita mohon supaya pastikan bantuan-bantuan ini benar-benar sampai kepada rakyat Gaza dan tidak kepada pihak lain yang mungkin berlaku.


"... saya percaya ini dalam perhatian pihak kerajaan tapi kita minta sangat supaya perkara ini diteliti dan dipantau," tambahnya.


Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat berkata kerajaan telah menyumbang RM10 juta sebagai bantuan awal kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.


Anwar turut memaklumkan sebanyak RM100 juta tambahan daripada badan bukan kerajaan akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung awal kemanusiaan dan perubatan.


Pada sesi sama, Anwar turut menyatakan pendirian Malaysia untuk terus mengiktiraf Hamas dalam perbincangannya dengan Barat.


Beliau turut menegaskan sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menamatkan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.


Untuk rekod, konflik Israel - Palestin sehingga kini mengorbankan 2,500 penduduk Gaza dalam siri serangan udara tentera Isarel yang berterusan di penempatan awam.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page