'Nasihat dari kerajaan diragui majoriti wajar ditolak'



Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari berpendapat salah satu punca Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytihar darurat mungkin disebabkan kerajaan Perikatan Nasional diragui majoritinya.


Menurut Dr Aziz, sebelum ini Yang di-Pertuan Agong tidak menolak nasihat dan biasanya menuruti Perkara 40, Perlembagaan Persekutuan serta melaksanakan nasihat PM.


Bagaimanapun, katanya apa yang berlaku pada Ahad lalu sesuatu yang baharu dan berbeza daripada ulasan ahli-ahli akademik berdasarkan amalan sebelum ini.


"Biasanya perkara 40 Perlembagaan (diikuti) mengatakan Agong mesti bertindak mengikut nasihat. Tetapi apa yang kita perhatikan ada sudut yang mereka (ahli akademik) tidak faham.


Bagi mereka yang naif dari segi politik, mungkin suka berpandangan sedemikian. Bagi mereka yang faham, kalau nasihat itu datang dari seorang (PM) yang kedudukannya belum pasti (dari segi majoriti), kita yang prihatin kepada Perlembagaan harus memberikan ruang kepada keadaan di mana nasihat daripada kerajaan yang kukuh dan tidak ada masalah dari segi mandat, maka agak kuat.


"Tetapi nasihat dari sebuah kerajaan yang Perdana Menterinya mempunyai majoriti diragui, itu sesuatu yang lain (lemah)," katanya menerusi siaran langsung Facebook, malam tadi.


Keraguan memilikki majoriti, kata Ketua Pembangkang DUN Perak itu, wujud sejak Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau mempunyai cukup sokongan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengambilalih pentadbiran dari PM Muhyiddin.


Oleh yang demikian, kata Dr Aziz, darurat dilihat menjadi jalan keluar bagi pentadbiran Muhyiddin yang tidak mempunyai sokongan untuk meluluskan Belanjawan 2021 di Parlimen agar terus bertahan dan memerintah.


Sementara mengulas nasihat Agong agar ahli-ahli politik tidak terlalu berpoliticking pula, Dr Aziz berkata politik secara demokrasi yang wajar tidak menjadi kesalahan.


"(Namun) politicking yang bagaimana? Saya fikir politicking yang sah, yang mengizinkan proses Perlembagan berjalan dan berlaku, ini bukan proses yang salah.


"Kita hendak supaya rakyat diperkasakan. Itu bukan politicking sebenarnya. Bahkan ia proses biasa. Di negara lain yang lebih maju demokrasinya, ia tidak disekat," katanya.


Bagaimanapun, menurut ADUN Tebing Tinggi itu, politicking juga mungkin membawa maksud Agong tidak mahu ahli-ahli politik terus berteka-teki pihak manakah yang mereka sokong untuk menjadi kerajaan, sama ada Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan Plus.


"Cadagan saya kepada Ahli-ahli Parlimen agar mengutamakan kepentingan negara dan mereka jangan bersembunyi lagi.


"Kita akur dengan Datuk Seri Anwar, kita akur dengan Agong. Mereka tidak boleh mendedahkan berapa orang dan siapa (yang menyokong kerajaan baharu).


"Saya fikir Malaysia selamat, bukan negara koboi. Jadi Ahli Parlimen yang mahu Datuk Seri Anwar jadi PM ke depanlah, itu saja.


"Kita dapat menyelesaikan masalah dengan segera. Kalau sudah melepasi 112, saya yakin Tan Sri Muhyiddin seorang yang bermaruah tak akan tunggu lama. Masalah akan selesai," katanya.


Menurut Dr Aziz lagi, masa untuk bersembunyi sudah habis dan negara dalam keadaan kecemasan. Ahli-ahli politik perlu mengutamakan perang melawan Covid 19, membaiki ekonomi dan mengurangkan penderitaan rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER