top of page

Nama, fungsi PEDi akan dijenamakan semula - Fahmi



Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Ditemui pemberita di Pulau Pinang pada Jumaat, Fahmi berkata penjenamaan semula itu akan melibatkan perubahan pada nama dan fungsi Pusat jalur lebar itu.


"Kementerian Komunikasi melihat penjenamaan baharu itu perlu dibuat.


"Berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan di lapangan yang mendapati orang ramai hadir ke PEDi untuk pelbagai aktiviti yang tidak melibatkan ekonomi digital," katanya dipetik pada lawatan PEDi Taman Gelugor Indah di Bukit Gelugor.


Mengulas lanjut langkah itu beliau berkata, ramai yang datang ke PEDi untuk mendapatkan pelbagai maklumat, antaranya mengenai geran, bantuan serta perkhidmatan kerajaan, dan ada juga PEDi yang turut melaksanakan fungsi sebagai pejabat pos.


"Bukan sekadar tukar nama, tetapi tukar fungsi sekali, sebab kita nampak contoh, pendaftaran PADU (sistem Pangkalan Data Utama).. ia dari satu sudut bukan ekonomi digital, (tetapi) ia memanfaatkan prasarana yang ada, untuk akhirnya memberi bantuan kepada rakyat," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page