top of page

Nak Kawal Ekonomi Negara, Kawal Harga Ayam Dulu!

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • May 26, 2020
  • 1 min read

DS Shamsul menegur kerajaan Perikatan Nasional yang gagal mengawal harga barang di musim perayaan Aidilfitri. Harga ayam yang menjadi juadah asasi di Hari Raya meningkat daripada RM6.00 sekilo tahun 2019 kepada RM9.00 sekilo pada 2020.


Rakyat pula marah komen Timbalan Menteri KPDNKK kalau harga barang mahal pergi ke kedai lain, persis seperti komen menteri era BN dahulu. Menteri sepatutnya mencari jalan menyelesaikan ekonomi rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid 19.


Dalam titah Agong sewaktu pembukaan Parlimen lalu, baginda bertitah untuk memperkukuh pelan anti-rasuah. Pelan itu penting kepada ekonomi. Kesan langsung rasuah menyebabkan ekonomi parah.


Selain itu, sentimen perkauman melampau juga ditegur oleh Agong. KEADILAN jelas tidak menyokong sentimen perkauman kerana parti itu berbilang bangsa dan kekuatan Malaysia adalah perpaduan kaum yang tidak sesuai dengan dasar PN, iaitu hanya mengutamakan kaum Melayu sahaja.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page