Najwan, Exco Keusahawanan janji terus legasi kejayaan Rodziah
- Redzuan Shamsudin
- Aug 24, 2023
- 2 min read

Exco Keusahawanan Selangor yang baharu, Najwan Halimi berjanji akan meneruskan legasi kejayaan Exco sebelumnya, Rodziah Ismail dalam portforlio keusahawanan.
Hal itu diungkapkan Najwan dalam majlis serah tugas antara Rodziah dan Najwan di Bilik Mesyuarat Kekwa 2, Tingkat 5, Seksyen Sektoral, Bangunan SSAAS, petang tadi.
"Banyak legasi yang diwariskan YB Rodziah dan merupakan benchmark yang agak tinggi bagi YB baharu seperti saya.
"Pastinya kita akan meneruskan kesinabungan tersebut, yang berjaya dilaksanakan kita akan teruskan. Yang dirancang kita akan selesaikan. Saya pun bersama pasukan kita akan cuba meneroka potensi dan prospek baharu keusahawanan.
"Kita (portforlio keusahawanan) mendapat tambahan KPI, iaitu ekonomi kreatif. Keusahawanan pada waktu ini bukan lagi konvensional, sebab sekarang secara atas talian, di rumah pun boleh berniaga. Kita kena mendakap semangat yang sama. Ini fokus tumpuan saya juga," kata Najwan.
Beliau yakin dengan bantuan penjawat awam Kerajaan Negeri maka bidang keusahawanan Selangor akan lebih berkembang luas selepas ini.
"Saya yakin dengan sokongan penjawat awam di Selangor akan membantu usaha ini, dan kita nak berikan tunpuan kepada manifesto 5 tahun yang diumumkan Menteri Besar (dalam kempen Pilihan Raya Ngegeri lalu). Beliau nak buat digitalisasi dan kita akan sambung dan mantapkan hal tersebut," katanya.
Terdahulu, Rodziah membariskan beberapa pencapaian penting sewaktu menerajui potforlio keusahawanan pada penggal lalu.
Katanya, beliau lebih menumpukan kepada usahawan mikro dengan peruntukan kewangan Kerajaan Negeri sedia ada.
"Perkara paling penting dalam era pentadbiran saya, kita telah wujudkan hubungan yang sangat erat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kita meletakkan pegawai penyelaras usahawan di setiap PBT yang diberi elaun untuk membantu aktiviti di peringkat stanco (pentadbiran).
"Contoh ada PBT nak roboh gerai, mereka buat perbincangan (memberitahu Exco). Kita buat beberapa undang undang kecil baharu (membantu peniaga kecil tempatan) dengan kerjasama Exco PBT.
"Kita juga mengusahakan membina private storage. Ini penting untuk usahawan ekonomi digital di rumah, di flat tetapi tempat simpan barang di mana?" soalnya yang menekankan pembinaan premis keusahawanan mampu milik dan stor simpanan persendirian dibina Kerajaan Negeri bagi mengelakkan usahawan menyewa kedai PBT tetapi digunakan sebagai tempat simpanan stok.
Selain itu, kata Rodziah, Selangor juga telah membawa rombongan perdagangan ke United Kingdom dan Kanada.
Usahawan Selangor, katanya, telah mempunyai pasaran di peringkat antarabanagsa yang boleh dikembangkan skalanya pada masa hadapan.
"Di London dan Kanada kita telah bawa usahawan. Ada individu yang buka gudang di sana.
"Di Patani (Thailand) ada ASEAN Mall. PKNS telah kita enpower semula. Yang tak sempat saya buat, harapan kita ialah untuk memperbadankan usahawan.
"Kita ada satu agensi perbadanan. Sepatutnya kita dah boleh wujudkan perbadanan usahawan setaraf peringkat nasional," katanya lagi.
Comments