top of page

Najib syok sendiri, sokongan popular hanya 4%, generasi muda mahu calon PM lebih baik



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan memberi cabaran berlainan dalam senario kepimpinan Malaysia apabila didapati rakyat telah bosan dengan sosok pemimpin yang wujud hari ini.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, dalam kajian yang dilakukan setiap bulan oleh Invoke, terutama calon PM yang digemari rakyat, lebih banyak jawapan yang mahukan nama nama baharu daripada pilihan yang diberikan.


"Kami masih lagi menjalankan kaji selidik. Contohnya tokoh yang pengundi mahukan selepas PRU 15. Ini soalan yang kami tanya tiap tiap bulan.


"Daripada sample 2,000 orang cukup mewakili seluruh negara. Soalan kita tanyakan, siapakah yang rakyat mahu untuk menjadi PM selepas PRU 15?


"Pertama Ismail Sabri, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Mahahir Mohamad, Zahid Hamidi dan Najib. Jawapannya, 60% pengundi menyatakan saya tidak minat mana mana. Maksudnya majoriti pengundi yang ada sekarang ini sebenarnya mahukan pembaharuan dalam negara.


"Yang terbaharu akhir Februari, Ismail Sabri dapat 21%. Najib hanya 4% sahaja walaupun dia perasan dia popular," katanya dalam bual bicara terbitan Malaysia Gazette malam tadi.


Oleh itu, Rafizi mengingatkan parti parti politik agar berubah arah perjuangan agar tidak runtuh dan ditinggalkan pengundi jika masih mengulang hal hal lama yang tidak bersangkutan dengan kehidupan rakyat.


"Di negara lain parti politik yang tidak mahu berubah mereka akan ditolak pengundi. Itu cabaran dan juga misi yang sepatutnya ada di semua parti politik.


"Kalau mereka mahu mengurus kepimpinan pastikan ia selari dengan jiwa dan kehendak rakyat. Cabaran telah berubah.


"Orang tahu harga naik, gaji tak naik. Pengundi kata kamu ini bercakap seorang. Kalau parti politik tidak mahu tumbang maka mereka sepatutnya lebih ambil berat kehendak pengundi," katanya.


Bagaimanapun mantan Setiausaha Agung KEADILAN itu tidak bersetuju apabila diajukan soalan bahawa segelintir anggota parti yang mahukan KEADILAN bergerak solo kerana rakan komponen lain dalam Pakatan Harapan didakwa cenderung kepada idea khemah besar.


"Bergerak solo ini, KEADILAN bergerak solo dan lawan semua. Kalau berdasarkan keputusan PRU lepas, sokongan rakyat itu terbahagi kepada kelompok besar. Mereka mempunyai penyokong tegar. Yang paling besar Umno, kedua besar PH. Yang agak kecil PN. Mereka membentuk 50% dari pengundi. Manakala 50% lagi pengundi Atas Pagar


"PH atas 30%, Umno ada 35%, Pas dan Bersatu 10%. Pengundi tegar PH bukan taksub kepada KEADILAN atau Amanah kerana mereka ini memang ada pandangan yang berlainan daripada BN.


"Kalau KEADILAN bergerak solo maka akan menyebabkan kumpulan ini berpecah jadi lebih kecil.


"Pandangan saya kita tidak boleh dogmatik dan terhad bahawa ini jalan dia, semua kena macam ini. Saya rasa KEADILAN dan PH mesti bersama tetapi jangan dogmatik," katanya.


Mengenai Umno, Rafizi bertegas parti itu masih belum berubah biar pun telah kalah dalam PRU 14 lalu.


"Pandangan saya, setakat ini mereka masih belum belajar daripada kesilapan yang mereka buat pada 2018 sehingga mereka kalah dalam PRU yang lepas. Cuma isunya sama ada kita cukup masa atau tidak (untuk menyedarkan rakyat sekali lagi)," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page