top of page

Najib ke penjara: Hari kemenangan buat rakyat Malaysia - DAP



Berakhirnya proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dan dikekalkan sabitan hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak merupakan hari kemenangan gilang gemilang kepada rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.


Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, dengan Najib disumbat ke dalam penjara maka demokrasi dan sistem keadilan kembali mendapat nafas segar.


Beliau juga berbangga terhadap rakyat Malaysia yang melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu, yang tanpa perubahan kerajaan Najib tidak mungkin dibicarakan.


"Hari ini merupakan hari kemenangan untuk rakyat yang berani membuat perubahan pada 9 Mei 2018


"Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini juga merupakan kemenangan untuk sistem demokrasi negara.


"Keputusan ini ialah amaran kepada semua pemimpin politik yang diberikan kuasa dan mandat oleh rakyat supaya jangan sesekali menyalahgunakan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Tegas Loke lagi, keputusan panel hakim hakim Mahkamah Persekutuan itu juga memberi amaran bahawa hukuman tidak lagi mengira pangkat atau kuasa seseorang.


Hari ini juga, katanya, sejarah tercipta di Malaysia apabila seorang bekas Perdana Menteri dipenjarakan kerana jenayah korupsi. kewangan.


"Orang yang paling berkuasa sekali pun, yakni, Perdana Menteri, boleh dijatuhkan oleh rakyat dan menghadapi penghakiman mahkamah.


"Satu permulaan baru untuk Malaysia," katanya lagi.


Petang ini, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Najib Razak dengan mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap beliau dalam kes rasuah melibatkan SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.


Najib akan menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini. Beliau juga didenda RM210 juta dan jika gagal membayarnya akan dikenakan hukuman penjara 5 tahun


Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tengku Mat.


Selain Tengku Maimun, empat lagi yang mendengar permohonan Najib ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim, selain hakim kanan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan, dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page