top of page

Sistem perundangan adil, berfugsi dengan baik - Yusmadi


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati bekas Perdana Menteri, Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dianggap sebagai satu kemenangan kepada rakyat, kata Senator Dewan Negara Yusmadi Yusoff.


Malah beliau berpandangan, keputusan itu merupakan satu petanda baik dalam usaha untuk mengukuhkan sistem perundangan negara.


"Inilah rule of law. Bersalah atau tidak, semua orang ada peluang untuk membela diri dan mahkamah sudah membuat keputusan yang adil.


"Ini satu kemenangan kepada rakyat. Ia juga menunjukkan bahawa sistem perundangan negara berfungsi dengan baik," katanya kepada Suara Keadilan.


Pada masa sama, Yusmadi menganggap segala salah laku dalam penyelewengan wang 1MDB dan SRC akhirnya diadili dengan sewajarnya.


"Tidak kira orang kecil atau besar, tiada siapa yang terlepas daripada ruang pengadilan.


"Ia jelas menunjukkan bahawa sistem perundangan negara menegakkan keadilan," katanya.


Bagaimanapun, Yusmadi berharap kerajaan meneruskan usaha untuk memburu Jho Low, yang terlibat secara langsung dengan kes penyelewengan 1MDB.


"Keputusan kes Najib ini tidak terhenti di sini sahaja. Jika Jho Low masih belum ditahan, perjuangan ini belum selesai sehinggalah dia diheret ke muka pengadilan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page