top of page

Najib cemar institusi masjid, apa tindakan Menteri Agama?



Perbuatan Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam menafikan beliau mengetahui wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah berpunca daripada syarikat SRC International perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.


Menurut Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhamad Fadzil Ahamad, Najib telah beberapa kali melakukan sumpah mubahalah atau sumpah laknat sedemikian rupa, yang tidak terdapat dalam kaedah perundangan jenayah Islam sehingga menyebabkan rakyat terkeliru terhadap hukum hakam.


"Sumpah laknat dibuat Datuk Seri Najib tersebut bukanlah yang pertama beliau lakukan. Pada 2019, bekas Perdana Menteri itu pernah bersumpah laknat menafikan penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya di masjid yang sama


"Walhal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui kenyataan pada 23 Disember 2019 menegaskan sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam.


"Malah dalam kenyataan yang sama menyarankan agar pihak berkuasa agama menguatkuasakan peraturan bagi melarang apa-apa majlis yang berkaitan sumpah laknat melibatkan kes yang sedang dibicarakan mahkamah, bagi mengelakkan masjid dimanipulasi mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, Pemuda Amanah mahu menteri agama daripada Pas, Ustad Idris Ahmad yang faham hukum hakam agama agar mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan Najib tersebut.


Kataya, perbuatan Najib boleh dianggap mencemar institusi masjid.


"Memandangkan isu ini menjadi perhatian umum, kami menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menjelaskan pendiriannya dalam isu ini dengan kadar segera, dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang telah mencemar atau menyalahguna institusi masjid demi kepentingan peribadi dan politik," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page