top of page

Naiktaraf sekolah daif: Menteri Pendidikan beri angka mengelirukan?



Kementerian Pendidikan digesa memberi jawapan yang jelas serta tidak mengelirukan melalui menterinya di Parlimen.


Mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, jawapan yang diberikan Menteri Pendidikan semasa, Mohd Radzi Md Jidin berkenaan projek naik taraf dan membina semula sekolah daif tidak konsisten dengan semakan data yang dikeluarkan oleh kementerian beliau.


Katanya, Kementerian Pendidikan pada era Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperkenalkan paparan umum dashboard projek sekolah daif bagi membolehkan semua pihak memantau pelaksanaan projek berkenaan. Melalui paparan itu, katanya, rakyat boleh melihat maklumat terkini kemajuan projek. Langkah itu, menurut Maszlee, telah menyumbang kepada kejayaan menyelesaikan projek sakit dan tertunggak sebelum ini.


"Persoalan saya, hasil semakan di dashboard pagi ini mendapati wujud percanggahan data yang diberikan oleh kementerian kepada soalan saya semalam, dengan maklumat dikemaskini di dashboard.


"Contohnya Sabah, dashboard menunjukkan projek siap berjumlah 141 projek, sedangkan jawapan rasmi yang diberikan kepada saya 150 projek


"Demikian juga dashboard menunjukkan projek seluruh negara 781 projek, sedangkan jawapan rasmi yang diberikan ialah 773 projek," kata Maszlee dalam sidang media di Parlimen hari ini.


Sekolah daif di Malaysia Timur sering menjadi tumpuan dan pertikaian sejak sekian lama. Kerajaan BN terdahulu tidak menghiraukan kebajikan pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak sehinggalah Kerajaan PH memberi peruntukan berbilion ringgit membina dan menaiktaraf sekolah daif di sana sepanjang 22 bulan berkuasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page