top of page

Naik taraf lebuhraya: Penantian penduduk Pasir Gudang berhasil



Penantian penduduk dan pengguna Lebuhraya Pasir Gudang, Johor berakhir hari ini apabila Kerajaan Persekutuan melulus dan melaksanakan projek naiktaraf laluan berkenaan yang rosak sejak beberapa tahun lalu.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang memperjuangkan isu naiktaraf lebuhraya itu, penantian sekian lama pengguna lebuhraya berkenaan telah membuahkan hasil apabila Exco Kerjaraya Kerajaan Johor mengutus surat kepadanya berkenaan projek naiktaraf.


"Pada pagi ini 3 Jan 2023 saya telah menerima maklumat dari YB Fazli iaitu Exco Kerjaraya Kerajaan Johor berkenaan projek naiktaraf lebuhraya Pasir Gudang.


"YB Exco Kerjaraya menyatakan antara lainnya Projek Naik taraf lebuhraya Pasir Gudang (FT17) Fasa2B. Lokasinya dari Persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Pasir Gudang, sepanjang jarak 5.5 kilometer


"Skop naik taraf pula dari jalan 4 lorong kepada 6 lorong 2 hala," kata Hassan dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, lebuhraya itu akan dinaiktaraf dalam jangka masa dari 25 Oktober 2022 hingga 24 Oktober 2025 iaitu selama 36 bulan dan kerja kerja awal telah bermula.


Naiktaraf tersebut melibatkan kos sebanyak RM78 juta.


"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Fazli Exco Kerjayaraya Negeri Johor dan Menteri Besar Johor serta Kerajaan Johor yang telah memberi perhatian tentang isu Lebuhraya Pasir Gudang," katanya agi.


Hassan turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Kerajaan Persekutuan yang telah memperuntukkan dana sebanyak RM78 juta bagi projek menaik taraf lebuhraya tersebut.


Untuk rekod, lebuhraya Pasir Gudang banyak mendapat komen warganet kerana keadaannya yang sering rosak, berlubang sedangkan projek naiktaraf telah diuar uarkan Kerajaaan Persekutuan sejak 2010 lagi namun tidak pernah dilaksanakan.


Hanya selepas Kerajaan Perpaduan wujud dan jaminan Perdana Menteri untuk sentiasa mengutamakan masalah rakyat maka projek tersebut dijalankan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page