Penurunan nilai ringgit yang berterusan sejak setahun lalu akan ditangani dengan sebaiknya pada tahun 2024.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berdasarkan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) nilai matawang itu akan memulih tahun ini berdasarkan beberapa faktor fundamental ekonomi yang kukuh.
"Berdasarkan kenyataan dari Gabenor Bank Negara, ramai penganalisis mengunjurkan nilai ringgit akan menambah (kukuh) tahun ini.
"Ada beberapa faktor disebut oleh gabenor dan oleh Menteri Kewangan II. Ada dalam kawalan kita, seperti eksport yang kita boleh percepat prosesnya, penting mempercepat proses menjalankan perniagaan yang boleh memperbanyak pelaburan yang diluluskan untuk mula digerakkan," katanya dalam sidang media selepas pengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di Putrajaya hari ini.
Oleh kerana kejatuhan nilai ringgit terhad berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan dolar AS adalah diakibatkan kenaikan kadar faedah negara itu yang berterusan, Fahmi berkata, formula yang sama tidak akan digunakan di Malaysia bagi mengukuhkan nilai matawang.
Katanya, biar pun ada pendapat dalam negara yang mahukan kadar dasar semalaman atau OPR dinaikkan bagi menggalakkan pelabur menyimpan dalam mawatang ringgit, namun hal itu akan menyebabkan rakyat yang meminjam akan menghadapi kenaikan kadar faedah bank.
"Cuma ada pihak yang memberikan komen. Saya tak pasti ada pihak tertentu mahu Bank Negara naikkan OPR.
"Saya rasa ia bukan satu perkara yang akan membantu rakyat pada waktu ini. PM juga sudah menyatakan perkiraannya. Sudah pasti kalau kita naik OPR, kadar faedah bagi Malaysia lebih tinggi tetapi kesannya kepada rakyat
"PM amat cakna hal ini dan itu bukan satu (pilihan) yang baik waktu ini," katanya.
Nilai ringgit pada waktu ini mencecah RM4.78 bagi 1 dolar AS dan penurunan tersebut berlaku sejak beberapa bulan lalu apabila Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah apabila ekonomi negera itu berdepan defisit serius menanggung beban perang mempersenjatai Ukraine dan kenaikan harga petroleum global.
Comments