top of page

Naik gaji tiap tahun, Malaysia boleh jadi Singapura jika pemimpin tidak korup



Malaysia dengan hasil bumi yang banyak dan rakyat berilmu pengetahuan tidak mustahil boleh mengikut jejak langkah Singapura yang menaikkan gaji pekerja pada setiap tahun


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, punca hal demikian tidak berlaku di Malaysia ialah kerana pemimpinnya korup dan tidak amanah dalam menjalankan tugas.


"Kalau nak selesai masalah gaji, pekerja perlukan bantuan dari majikan dan kerajaan. Ketiga tiga pihak ini mestilah kerjasama supaya mereka sepakat. Tiap tahun walau macam mana keadaannya mesti ada kenaikan gaji


"Singapura buat macam ini 40 tahun dahulu. Tahun 1960an, gaji rakyat Singapura lebih kurang sama gaji rakyat Malaysia. Tahun 70an kerajaan Singapura ambil pendirian kalau kita serah bulat bulat kepada pekerja untuk bergaduh dengan majikan soal naik gaji, sampai bila pun tak selesai.


"Kerajaan Singapura buat satu undang undang mewajibkan setiap 3 komponen tadi mesti duduk semeja dan bersetuju tiap tahun, pertama berapa nak naik gaji, kedua siapa nak bayar kenaikan.


"Katalah tahun itu perniagaan baik, ketiga tiga pihak buat keputusan kenaikan gaji yang bayar majikan.


"Tahun berikutnya ekonomi tak cantik dan syarikat kurang kukuh bayar 5% kenaikan. Tahun itu pekerja boleh setuju 3%.


"Tahun berikutnya kemelesetan ekonomi, syarikat nak bayar tak boleh. Maka kerajaan kata kalau kerajaan tak campurtangan pekerja tak dapat naik gaji. Tahun itu tanggungjawab kerajaan bantu bayar kenaikan gaji


"Susah sangat ke pikir benda ini? Singapura dah buat, negara scandinavia dah buat.


"Umno BN juga ada buat kajian, bayar konsultan berpuluh juta, bentang pelan di Parlimen. Kemudian tak ada apa, duit habis. 2 tahun kemudian lantik lagi firma perunding sama," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di parlimen Batu, Wilayah Persekutuan, malam tadi.


Tambah Rafizi, di Malaysia pemimpin lebih suka mengadu domba isu perkauman daripada menyelesaikan masalah rakyat.


Lebih teruk rakyat bercakaran, katanya, lebih mudah para pemimpin di atas Melayu, Cina, India menggelapkan wang rakyat.


"Jangan kita dipecahbelahkan isu kaum, agama, benci membenci. Mereka di atas lebih mudah nak sakau duit.


"Kerjasama dan perpaduan Melayu, Cina, India yang paling besar dalam negara ini adalah dalam kalangan perompak duit. Kerjasama Melayu - Cina. Najib bersama Jho Low. Bab sakau dia tidak pernah fikir kamu Cina aku Melayu.


"Di bawah ini Cina jahat, Melayu jahat, Melayu nak tutup kuil. Itulah tabiat kumpulan penguasa mana mana di dunia ini yang membohongi rakyat," ujarnya.


Oleh itu, kata Rafizi, rakyat perlu membuang jauh jauh sikap letih dengan politik dan tidak mahu keluar menundi.


Katanya, dengan tidak keluar mengundi dan BN menjadi kerajaan semula maka kesannya sebagaimana yang telah dilihat, hutang negara melepasi RM1.1 trilion, bayar faedah RM50 bilion setahun dan hasil kekayaan tidak habis habisnya dicuri.


Kesannya kata Rafizi, penduduk di Parlimen Batu tidak senang hidup pada di muda, kini lebih susah pada waktu tua kerana anak dan cucu ikut duduk serumah kerana tidak mampu memilikki kediaman sendiri.


"Kita keluar, kalau tengok kereta bersesak, yang besar dan mewah tetapi kehidupan kita sama sahaja dari mula kahwin sampai anak dah besar


"Adakah negara kita tak kaya, tak dapat sumbangan dari hasil usaha kita? Sebenarnya, negara itu jadi kaya atau tidak hasil pegurusan yang baik.


"Negara kalau kaya pun tidak diuruskan dengan baik, jujur, amanah dan adil maka semua nampak bagus tetapi yang di bawah hidup makin miskin. Itulah sebab mengapa kita wajib keluar mengundi," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page